Pengantin zaman skrg mmg 'senget' .. dulu mana berani nak amik gamba amik aksi gini.. mau kena sorak org kampung.. ahahah.. skrg dah moden.. atas pelamin boleh borak.. makan pun dah tak de malu2.. sumbat smpai kenyang.. ahahah
Tuesday, November 29, 2011
Kompang di palu.. pengantin lalu..
Pengantin zaman skrg mmg 'senget' .. dulu mana berani nak amik gamba amik aksi gini.. mau kena sorak org kampung.. ahahah.. skrg dah moden.. atas pelamin boleh borak.. makan pun dah tak de malu2.. sumbat smpai kenyang.. ahahah
Tuesday, November 22, 2011
Harimau mengaum!..yesss...

Wednesday, November 2, 2011
ole-ole dari Cameron...




Monday, October 10, 2011
Angka yang Bertambah..
Monday, September 12, 2011
bunga@roselle
Nak citer pasal roselle..
Asik beli air kordial kan? meh kita buat sendirik jus. Roselle ni bagus sbb anti oksida. Adik ipar aku kata ni benih roselle dari Qatar (ye ke ada tanam menda ni kat Qatar? ke aku salah dgr? eheh)..sbb tu dia besar.. Roselle mesia comel skit.. mmg besar la..penuh tapak tgn. sblm ni aku tgk kat umah MIL aku mmg kecit jek..Aku buat jus dan jem. perghh mesti terkejung ati korang..caya ngan tak jek aku berjaya buat jem..ahahah..nak buat jus mmg senang jek.. korang kopek, rebus+ gula.. dah pekat, tapis, sejukkan masuk dlm botol. hampasnya tadi jgn dibuang, boleh buat jem. roselle yg dah ditapis tadi, campur dengan air skit & gula (gula kena lebih sbb nak pekatkan jem supaya tak cepat kulat)..kacau sampai pekat.. tadaaaa...boleh makan ngan roti, ngan biskut.. seronok sgt la sbb berjaya hasilkan sesuatu yg 'luar biasa' utk family. pada aku buat jem ni mmg luar biasa sbb aku ni mmg tak reti apa.. tapi sebagai isteri dan ibu aku sentiasa berazam utk memperbaiki diri..jadik, walau mcm ni pun aku dah kira luar biasa..eheheh..bangga tuh sbb setiap effort aku sentiasa dpt pujian dari suami & anak2 walau aku tau kkdg2 puji2an tu skdr lakonan.. tak kesah la..ahahah..sempat jugak aku hulur kat mak skit..
Meh kita share khasiat roselle (aku google nih)..
* Segar & mengembalikan tenaga
* Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihat & mencerdaskan minda
* Mengurangkan stress & mslh sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik
* Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan antibody
* Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
* Mengurangkan kolestrol yang berlebihan
Thursday, September 8, 2011
salam lebaran..

Tuesday, September 6, 2011
Respect!..
preview puasa..
Tuesday, August 16, 2011
tiba2 teringin...

Tuesday, August 9, 2011



Alhamdulillah.. Mekasih PM!..

Alhamdulillah..Syukur.. Semua pakat senyum eh ari nih? Jadik la, bonus 1/2 gaji..minimum rm500..
Jgn terlalu terlebih meminta dari yg ada..bersyukur jek la.. jgn la persoalkan yang 'atas2' nun dpt lagi banyak.. kita ciput..clause 'yg kaya makin kaya.. yg miskin tambah miskin' mmg kompom la betul.. tu mmg dah lumrah sbb yg kaya mmg dah ada duit tabung yg lebih..tambah yang ni dah bertambah lebih.. kita mmg la kurang sbb gaji kurang, tabung kurang.. belanja nak ikut mcm 'atas2' nun.. depa beli enbeg bonia..kita pun nak bonia.. mmg sah2 la makin kayap kita nih.. anggap la rezeki masing2..tu ler.. dulu mak suh belaja rerajin tak mo.. sudahnya kalu kerani cam aku ni ha.. mmg tu jek la yg dpt..ye tak? Pada aku.. Setengah bulan gaji tu sgt2 membantu utk persiapan hari raya. Makanya.. list utk raya aku dari 10 dah tambah ke 15.. alalalaaaaaaaaaaaa.. ngeeeeeeeee
Tuesday, August 2, 2011
Selamat Berpuasa...
Monday, July 18, 2011
kain perca jgn dibuang...


Saturday, July 9, 2011
Cer Teka..Kitorg jumpa sape?


Tuesday, July 5, 2011
sambung...


Tuesday, June 28, 2011
Ucapan Khas...

Tuesday, June 21, 2011
kemas kini....
Tuesday, May 17, 2011
Anak buah baru!!..

my anniversary..
Wednesday, May 11, 2011
Cerita bergambar..










Tuesday, May 10, 2011
Udah pulang..
Friday, May 6, 2011
Pakej 3 hari 2 malam...
Bukan pakej percutian.. pakej kursus ..eheh..Saya akan pergi berkursus.. 3 hari.. ari ni, esok & lusa.. huwaaaa.. malasnya nak p..
Tajuk kursus dah berjaya buat aku cuak..aper la rupernya nanti... Kursus Setiausaha (NLP GOLDEN TONGUE) @Seri Menanti Resort, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.. em.. adoiiihaii..berat ati nak tinggalkan anak2 ngan laki i skli la.. ummpp.. tak pe.. pk positip.. nak berjaya bukan mudah.. nak tambah cpd pun bukan mudah.. ahaha..
Monday, April 18, 2011
Tetiba rasa 'tacing' sangat....
Anakku,
Entah apa yang Mama fikirkan ketika ini
Rasa bersalah, rasa kecewa, malah sakit hati pada diri sendiri.
Mama mengenang dirimu yang Mama marahi sebentar tadi
Engkau hanya menumpahkan secawan kopi,
Tapi kemarahan Mama terlalu berapi-api
Hampir sahaja Mama lupa bahawa engkau tidak sengaja
Mama juga lupa bahawa Mama juga boleh melakukan kesilapan yang sama,
Pada bila-bila masa sahaja.
Terkilan Mama seketika,
Bila Mama kenangkan semula,
Saat2 Mama mengabaikan dirimu,
Ketika engkau ke dapur berlari laju,
Dengan wajah penuh ceria dan gembira,
Seperti ada khabar yang ingin dikongsikan bersama,
Tanpa rasa ingin mendengar,
Mama teruskan memasak dan dan berpaling selamba,
Malah Mama menghalaumu semula ke ruang tamu,
Reaksi Mama seolah terganggu dengan kehadiranmu.
Engkau nampak sedikit kecewa,
tapi Mama hanya berlagak seolah tidak ada apa2.
Sedih hati Mama, sayang.
Bila mama terkenang lagi, ,
Ketika engkau menghulurkan tangan ingin bersalam ke sekolah,
Mama acuh tak acuh membalasnya,
Mama hanya membebel melihat kasutmu yang kotor terkena lecah,
Meski begitu, engkau masih melambaikan tangan,
Mengucap salam dan selamat jalan.
Mama marah bila engkau tidak menyusun bajumu dalam almari,
Mama mengamuk bila engkau terlupa membasuh kasut sekolah sendiri,
Panjang leter Mama bila engkau terlalu ghalib menonton TV,
Laju tangan Mama mencubit dan memarahi,
Bila engkau dan adikmu saling mengusik dan bergaduh sesama sendiri.
Saat ini, ketika Mama memandang ke arahmu,
Yang sedang tidur kepenatan, letih dan lesu,
Mama tiba2 terasa kesal dan sayu.
Engkau masih anak kecil Mama, anakku.
Terasa baru semalam Mama mendukungmu,
Menukarkan lampin, menyuapkan susu,
Mengusap dan menciummu tanpa jemu.
Tapi hari ini,
kenapa tiba-tiba Mama mengharapkan segalanya menjadi serba sempurna?
Kenapa Mama seperti terlupa bahawa engkau masih anak kecil yang mengharap belaian manja?
Yang masih dahaga kasih dan perhatian dari kedua ibu bapanya..
Kesalnya hati Mama ini sayang..
Benar, engkau masih seorang anak kecil,
Sedang Mama telah menuntut terlalu banyak perkara,
Mama terlalu mengharapkan engkau menjadi serba serbi sempurna,
Hingga Mama lupa betapa banyak kesilapan yang Mama sendiri cipta.
Maafkan mama sayang..
Mama benar-benar lupa..
Saturday, April 2, 2011
Arissa is Getting Better...
Alhamdulillah.. Arissa is getting better atas berkat doa semua. No more fever, only flu and cough..Duk kat spital mmg sgt tak syok..badan yang sihat pun boleh rasa nak demam..Tak sanggup dah nak dgr Ieca nangis bila nampak 'en. fisio' yg masuk sini utk sedut kahak dia..mak, nek, adik2 pun kesian terpaksa datang dari kg nak tgk ieca..dah la kena guna mask..ckp pun bergema2 balik kain tutup mulut tuh..ahahah..dr kata ieca dah boleh discharge senin nih.. yea..balik umah.. cepat la..uhuhu..
Thursday, March 31, 2011
Bersiaran dari Hospital Pantai..
Ieca masih ngantuk eh? kesian ieca.. letih sangt sampai phisio buat treatment pun ieca tak larat bukak mata..malam tadi lepas admit ieca tidur tapi tiba2 tersedak dan terus mengamuk.. habis cadar dan sarung bantal terperecik darah.. naper nak? buat mama takut je..Bila dr. confirm ieca influenza positive malam tadi.. berpusing kepala mama.. terkejut mama, tak sangka virus itu yg ada..mama ingt demam biasa atau pun paling tidak pun nemonia..
Tapi kan ieca.. bila dr terangkan mama dah skit reda.. papa mmg cool walau mama tahu dlm hati dia sgt sedih dan risaukan ieca.. Dr. kata, kalau tahun lepas2 mmg perkataan 'influenza/virus h1n1' sgt menakutkan..tapi skrg virus influenza ini dah jadi biasa dan tak perlu dirisaukan sangat..virus yg sgt mudah merebak especially ieca bergaul dgn kawan2 di nursery..lepas bersoal jawab dengan dr., mama puas hati. Dr. pun tunjukkan blood test ieca pada mama..segan mama sbb malam tadi mama persoalkan, betul ke ieca ni influenza atau doktor private hospital mmg mudah nak admit patient..eheh..ala.. mama org kampung mmg tak tau benda2 mcm ni. mama cuba menidakkan apa dr. ckp sbb mama takut dan dah tentu mama gabra..
Ieca rehat yer.. nanti petang ni phisio nak dtg lagi utk buat treatment ieca.. mudah2an bila phisio datang nanti ieca dah muntah dan keluarkan kahak.. kalau tidak, diorg nak masukkan tiub untuk sedut kahak.. iksh..jgn la smpai macam tu skli.. Mudah-mudahan cepat sihat nak.. atas doa semua..
Monday, March 28, 2011
Untuk Atirah.. (8yrs old)
Happy Birthday Atirah..
Dah besar Atirah..rasa baru jek mama peluk atirah dlm kain bedung, susukan Atirah..Pejam celik, u're now 8 yrs old..Mama sentiasa syg atirah..walau Atirah rasa mama selalu marah2 pd atirah, kkdg tgn mama laju lepuk dan tercubit Atirah..Lepas tirah tidur, mama rasa menyesal sgt. tapi tu semua bukan tanda mama benci atau tak sayang pada Atirah. Percayalah, mama syg sgt2 pada atirah ..kan Atirah '
cahaya Kesayanganku Yg Utama'..Marah mama sbb mama nak Atirah ingt dan tahu apa yg Atirah buat salah dan perlu mama marah.. Tiada ibu yg tidak 'chinta' pada anak2nya.. Anak2 yg dilahirkan di atas taruhan nyawanya sendiri..Sementara mama bernafas mama mahu pastikan Atirah 'cukup bekalan' utk dibawa sekiranya mama tiada lagi nanti..sebagai panduan kala kita berjauhan..Supaya Atirah sentiasa ingat dan jadikan pedoman untuk melindungi adik2 Atirah..
Mama mahu Atirah 'kuat' dan menjadi contoh tauladan kepada adik2, ingat pada asal usul kita, berpegang teguh pada Agama..Ingat pada onyang, nenek, atuk..keluarga saudara mara yg sayang dan sentiasa mendoakan kesejahteraan Atirah..
Mama doakan semoga Atirah
panjang umur, murah rezeki..
berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak yg solehah..dan berjaya mencapai cita2 Atirah (let it be our secret ..ok)ehehe.. Mama selalu berdoa Semoga Allah panjangkan usia kita semua dan semoga kita sekeluarga terpelihara, dilimpahi rahmat Dari NYA selalu.. Amin..
Mama akan sentiasa 'menulis' utk Atirah..walau bahasa mama tak seindah mana..asalkan Atirah mengerti apa yg mama cuba sampaikan, ia dah cukup bermakna.. Till my next 'letter' Insya-Allah..