Thursday, October 29, 2009

Kasih Yg TerJeJak ..

Setelah bertahun tak jumpa, akhirnya dpt juga jumpa kawan bekas sekolah menengah dulu. Utk kawan2 Sharodz yg masih ingat mereka ni..Lynn dan Ernie. Lynn ni dulu BF (Best Friend) aku masa kat Sharodz. Skrg dah jadi rakan sekerja plak walau pun tak satu office. Mari aku close up skit ruper diorg skrg.. eheheh..



p/s Kak Mida..org dah tunaikan permintaan..tu d'zahra..ok? puas ati?malam ni tido lelap la eh?..eehhehe..

Cukur 'jambul' Arissa & Hazim..

Lama tul tak update blog. Jangan kata update.. jengah blog kengkawan lain pun tak sempat. Last 2 weeks kami buat cukur jambul Arissa di Serting..sbnrnya tumpang kenduri angah (adik ipar) aku. Kenduri kesyukuran sempana Hazim dah selamat operation ususnya yg problem tuh dan skli dgn kenduri masuk umah baru.
Sebenarnya dah tak sesuwei dah nak istilah cukur jambul.. cukur rambut lagi sesuwei. Yelah, dah 8 bln. ehehe.. tak per la. at least.. ada gak rezeki arissa nak kami buatkan cukur jambul. Meriah.. cuma terkilan juga sbb mak, nek, adik beradik aku tak dpt dtg..yer la..ni last minit plan, diorg pun dah ada program lain yg dah diplan lebih awal. Apa pun.. layan jek gambo..
Ini gambo 'tuan tanah' eheh..







Aku paling suka gambo Arissa pakai gaun ni.. nampak cumel anak mama.. Tak mama puji sape gik kan?.. Lagi afdhal mama yg puji.. ahahahah

Gambar sebelum 'jambul'nya di kerat..:D


Arissa & hazim. Semoga terus sihat yer hazim..

Tuesday, September 29, 2009

Mood Raya..

Selamat Hari Raya.. Masih dalam mood berhari raya. Malas tul nak keje..lagi pun ni minggu last keje sini.. Alhamdulillah puasa penuh tahun nih, jadik harus mood raya mesti cukup la smpai 30 hari kan?..ehehe.
Tahun ni raya tak bape best sbb 'orange'ku ada problem. Pagi raya Hubby nak start enjin nak p semayang raya tak boleh start. Aduishh di pagi hari raya dah diduga. sabar jek la. Beli bateri baru pun tak buleh, nak carik pomen pun tarak..yg geram sgt tu.. pomen cino pun sibuk cuti beraya..eh.. 1 Malaysia kan? ha.. aper lagi.. duk umah ngan baju baru, muka dah cemberut. makannn dan makan dan makan demi nak menghilangkan duka di hati. Hubby main mercun sorang2. Anak2 kami arahkan ikut mak ngah ngan pak ngah beraya (kes tak mo anak kurang duit raya) eheh.. Plan awal nak balik Pahang raya ke2 petang mmg giliran setiap taun begitu.. raya ke2 mesti pulang ke kampung satu lagi. Raya ke2 petang baru Hubby dpt carik pomen.. dia confirm computer box problem. Aduih..mana service center ada bukak raya ke2.. tunggu la.. dah marah lagi..Tawakal jek, raya ke 3 pagi kami bertolak balik ke Pahang. Syukur Alhamdulillah segalanya dipermudahkan, perjalanan kami dilindungi Allah. Raya ke4 baru dpt p pusat servis, dipendekkan citer skrg 'orange'ku dah ok.. Rupanya 'orange'ku juga teringin nk duit raya..

Wednesday, September 9, 2009

AlHamduLillah!..Berkat Ramadhan

Syukur Alhamdulillah..
Akhirnya hajat dan doa aku dimakbulkan Allah sempena bulan Ramadhan ini. Rezeki anak2 dan berkat doa org2 tersayang (mr. hubby, ahli keluarga, adik-beradik) juga. Jangan salah paham.. bukan naik pangkat, bukan naik gaji, bukan dpt bonus, bukan dpt duit kutu, bukan duit terpijak..erkk berasaskan duit jek, nampak sgt materialistik eheh. Bulan depan aku akan berhijrah tempat kerja. Sayangnya nak tinggalkan tempat kerja skrg. Almost 10 yrs++ aku kerja sini. Lebih lama dr usia perkahwinan aku. Macam2 pengalaman, pahit manis..akhirnya this is the time for me to move on..berhijrah ke fasa@dunia baru..One thing for sure, I'll miss this place. Segalanya bermula di sini la.. cewah..Lagi pun pd aku peluang yg baik tidak akan dtg byk kali..
Lepas ni, smpai gaji bulan ke3 pun aku tak abis2 kena buat open table.. maklum lah.. dah ramai tuntut 'nazar'. Nazar yg mereka2 tetapkan sendiri..tapi tak per..yang penting berkongsi kegembiraan..berkat doa2 mereka ni juga.. Mudah-mudahan segalanya akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.. Aminn..

Thursday, September 3, 2009

Aktiviti Hari Cuti..Main Pondok-Pondok ke?

Bukan main pondok2 ler.. Projek Ngacau Dodol..Cuti Merdeka ari tu kami adik-beradik pakat nak buat projek dodol. Memandangkan tenaga buruh yang tak ramai, kami buat skit jek. Tak byk pun kami buat, cukup2 utk kami jek, adalah dlm 3 kampet. Suspen sungguh pasal mmg tak pernah buat dan setakat nak harapkan kudrat kami adik-beradik termasuk 2 org menantu lelaki mak ni..terpk..boleh ke? Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan dan tercapai la hajat nak buat sendiri dodol.. dpt la merasa 'kelamai cair'..org kampung kami panggil dodol cair ni 'kelamai'.. perghh sedap tull.. nasib pose.. buka pose jek.. itu yg dicapai dulu.. eheh..

Proses Pertama.. 'Sifu' (nenek aku) memulakan upacara..



Mak interprem skli.. Model2 kecik dodol tu tak mandi lagi..ehehe

'Kelamai'.. perghh!..

Dah pekat..

Jangan terpedaya.. dia ni kejap jek tlg 'kayuh'..yg penting gaya mesti ada..eheh

3 'org kuat' sepanjang proses mengacau dodol..ehehe..


Traditional equipment yg digunakan utk proses meleraikan dodol dari pengaco dodol..unik kan? pakai pelepah pisang..Biasanya org letak dlm bekas mengkuang..org kampung aku panggil menda tu 'topong'..reti sebut tak?.. THOPONG..sebut cara org negori yer..i org kampung..eehhee..tapi menda tu takder, nak cepat simpan dlm daun pisang ngan bekas plastik jek..



Tara.. Hasil utk hari tu..

Paling penting buat dodol ni ialah masa dah nak last tu..kena kacau kuat sbb takut nanti berkerak. Berpeluh2 la adik aku..somi tersayang dan en. madir ngaco dodol.According to my Hubby..Kalau org2 lama ni..diorg nak buat smpai dodol ni jadik bola.. bulat.. boleh lambung2 dr kawah. Tapi kami tak der la smpai gitu skli pasal tgk masing2 dah letih sgt..Mmg rasa seronok sangat hari tu..time ni la kumpul adik beradik.. ipar duai..ketawa2 dan naik angin jugak.. pasal bbdak kenit tak reti diam..takut masuk kawah jek..Dik Han tak der..bukan sbb dia tido ok..dia buat popia mini kat atas umah..Intinya aku dah siapkan..jadi, dia la tlg simpul.eheh..Moral of d story utk hari tu ialah..Apa Yang Penting?..KerJasaMa..(wonderpet!) yey..

Monday, August 24, 2009

Happy 2nd Birthday Aqeef..

22/8/2009..Selamat Hari Lahir Aqeef. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.. semoga jadi anak yang baik okk..A week before Ramadhan kami celebrate birthday Aqeef. kali ni angah buat kat KFC..anak2 sgt seronok sebenarnya mama mereka yg terlebih seronok sbb dah lama tak keluar due to H1N1.. automatik papa umumkan perintah berkurung di rumah.. jarang dah mkn kat luar.. jalan2 ke shopping mall, so..mekasih byk2 pd angah.. sbbkan dia kami 'bebas' untuk beberapa jam pada hari itu.. eheheh..Mak Long & Pak Long sponsor kek shj.. sgt sedap kek ni, setanding SR tau..tak bohong. Mekasih kak Jue..Home made, sedap, bersih dan paling utama..Halal. Kami amik kek ni kat rumah kak Jue dan aku masuk kat tempat kak Jue buat kek.. mmg sgt bersih dan kemas.

Combination flavor of blueberry & choclate moist..Uish.. mmg sedapp!!..




Mood Arissa tak bape baik ari tu.. monyok jek muka..

Taun dpn.. mcd plak ngah eh?.. eheh

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan

Assalamualaikum to all my blog readers (perasan cam ada org baca.. ehehe). On behalf of my family, I would like to wish everyone a very blissful Ramadhan. We seek for forgiveness from all the wrongdoings. May this Ramadhan bring bundles of blessing (rahmat) from Allah. Aminnn..

Untuk renungan bersama..

"Huraira related that the Prophet (peace and be upon Him) said : Whoever fasts and prays during Ramadhan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. And he who passes Lailat Al-Qadr in prayer with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. (Bukhari & Muslim)."

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

*************************************************************************************

Monday, August 17, 2009

Arissa.. 1st Day @ Nursery

Genap usia Arissa 6 bln, kami hantar dia ke nursery. Hari pertama dia..masa hantar tu mujur dia tak nangis. Tapi menjelang pukul 10pg aku telefon, cikgu nursery kata dia nangis sampai tersedu2. Dia dah kenal orang. Sedihnya dengar. Nak buat camner..mama kena keje. Kalau tak, sape nak sponsor duit shopping kita? ehehe.. Cuma rasa lapang skit sbb kakak dan abangnya ada di sekolah yang sama. Baby kat sini pun tak ramai. 2 org termasuk Arissa. Yang lain2 tu dah tak termasuk kategori baby. Macam2 amanat aku pesan kat cikgu tu..macam Pengetua bg taklimat kat cikgu2 la gamaknya aku pagi tu. Aku tgk cikgu tu dah mcm robot.. angguk jek sepanjang aku berckp tuh.. antara amanat aku..Jangan letak anak saya dalam buai, jangan share towel dia ngan budak lain, anak saya tido tiarap.. tepuk jek mesti dia lelap, tlg tuka pampers selalu (siap aku tunjuk krim). Aku tau cikgu2 tu pandai, dan aku kena percaya tapi aku nak cikgu2 tu tau yang aku sgt concern bab2 anak nih. Lantak la org nak kata aku aper.. aku bayar. Emak pulak dah balik kg, dah nak puasa ni, nak raya..biarlah mak balik. Dapat tgk2kan nek, nak p terawih, lagi pun mak amik upah jait baju. Jasa baik mak tolong jaga Arissa selama ni pun aku dah bersyukur yang amat sgt.
Muka excited naik kete pagi2..Ingat nak jalan eh? P scholl la sayang..

Barang2 yang dibawa termasuk la stok EBM aku..

Ngan papa

Bye sayang.. ptg nanti mama jemput..



Monday, August 10, 2009

New Look Of Arissa..

17hb ni genaplah Arissa 6bln. Cepat betul masa berlalu..Sabtu pagi ari tu kebetulan hubby tak keje kami sepakat nak botakkan pala Arissa. Rambut dia byk gugur. Mcm2 benda kami bg nak merasuah dia suh duk diam2 tapi agaknya dia pun seram gak rasa gunting,pisau cukur lalu atas pala.. eheh..Aku ngan ayah dia pun seram gak.. tiap kali gunting tu bergerak, pala dia ikut toleh.. ikshh sibuk tol budak nih..Setelah hampir 15 minit, inilah hasilnya..

Ini gambo dulu sblm botak..


permulaan 'acara' ok lagi.. masih under control..

start dah dia rimas..

Pandangan sisi..

Dari Belakang..eheeh.. mmg licinkan?


Taraaaaaaa... ini la hasilnya..


Sian Arissa terpinga2 tgk org gelakkan pala dia yg botak..aper nak buat.. sengeh jek la..:D

New Born Nephew

Salam semua.. Just want to introduce my new nephew.. Muhd. Hazim Izzuddin. 4th child of Mdm. Nor Haniza & Mr. Abd. Rahman. Skrg dia dah 2bln++. Baby Hazim ada komplikasi masa awal kelahiran dulu. Baby ni tak boleh buang air besar sendiri dari awal kelahiran sehingga 3 minggu lepas dia admit semula di hospital dan alhamdulillah skrg beransur baik dan mudah2an akan sentiasa sihat.. Ni gambar masa dia baru lahir..
Di wad ICU..

Perut dia terik masa ni sbb tak boleh buang air besar..tiub di mulut dan dubur utk keluarkan najis..


Skrg saya dah sihat..Alhamdulillah..


*Penerangan khusus mengenai penyakit ni aku tak dpt nak beri sbb terlalu byk bahasa saintifik.. nanti aku suh mak apaknya buat blog citer pasal penyakit nih.. uish.. complicated nak sebut.. payah..kebetulan maknyer cikgu sains, mudahla dia bercerita.. tapi bila dpt kat mak long.. angguk konon paham sgt.. tapi hapahhh .. ahhahha..bukan aper.. smbil citer tu.. smbil baby tu dpn mata. camner aku nak concentrate.. sian sgt baby hazim..skrg masih buat 'wash out' sehingga ujian biopsy (betul ke aku eja nih..?) kua..baru tgk camner.. doakan utk baby hazim yer..

Wednesday, July 29, 2009

Isu Banjir..

Pagi lagi dah buat aku hangin.. Sedih pun ada jugak ni. Ada plak cerdik pandai tanya aku .."naper la beli umah kat kawasan banjir..kan dah banjir"..sorang lagi plak ckp "eii umah ko banjir eh?..ahhaha..abis, terapung la barang ko?". Satu lagi soklan "kak..nak saya tolong dayung sampan tak? tolong akak pindah?". Boleh plak jadik bahan lawak eh? Manusia ni tak sedar ke kalu Allah nak turun kan bala.. jgn kata tempat rata,rendah banjir.. yg duk kat bukit boleh menyembam ke bumi. Cakap tu tolong la beralas, cuba la pk kan perasaan orang yg tengah susah hati. Ada ke orang yang waras nak beli rumah.. p tanya.. "Weii..Sesape tau kawasan banjir.. tlg bg tau.. aku nak beli.. teringin ler nak main air banjir"..boleh?..Rasa nak lempang laju-laju jek muka org yg bercakap begini. Rasanya nak jek sound..Well, at least aku dah ada umah sendiri sblm kawen..walau pun kecik kenit tak besar cam rumah org lain..Alhamdulillah aku puas hati.

Tuesday, July 28, 2009

Banjir Kilat ..

Lamanya tak update..Baru cadang nak masukkan citer A.. citer B dah ada.. Tak mo tinggal citer C plak.. tangguh-tangguh langsung lupa. Dari citer JCardDay dan berbagai cerita.
Semalam banjir kilat melanda Melaka.. Ya Allah.. cemasnya sebab kenangkan Emak ngan Arissa kat rumah. Tumpang kawan balik sampai jalan besar kat luar kawasan taman, dah kena jalan kaki. Peristiwa banjir tahun 2006 teringat balik, mula lah air mata bergenang. Terfikir pasal rumah. Aku redah banjir sorang-sorang dengan handbag, ngan high heel, ngan payung..sinsing kain tinggi, jalan..air paras lutut lantak la org2 pandang.. aku jalan jek. mungkin diorg ngata aku kot..nak kata model banjir.. muka comot, tinggi tak cukup..tak der ruper model. tapi istimewa skit la sbb mana ada org paling bergaya meredah banjir.. aku jekk. ahahha..terpelecok dlm air tapi tak berani nak bukak kasut. takut paku.. teringat la citer musang berjanggut. Kan petuanya dalam air tak leh bukak kasut.. ikutkan jekk..
Sampai umah..tgk air tak lepas porch lagi..Syukur Alhamdulillah. Tapi kawasan perumahan dah macam pulau. Keliling air. Taman permainan pun tak nampak rumput..air dah paras leher kuda mainan..Nasib baik Dik Han ada. Naikkan barang2 penting pastu duk kat hall ngan letrik tak der.. risaunya.. aku terpk mana nak p. Dulu rumah Angah ada, boleh la buat persinggahan.. dah start drama dah ngan mak aku.. pk mana nak p.. duk kat balai raya@pusat penempatan banjir la gamaknya aku nih.. iksh.. Tapi Alhamdulillah lewat petang hujan berenti, letrik pun ada balik. Hati bersyukur yang amat..dan ari ni kena p keje..Janganlah banjir lagi..uhuhu

Tuesday, June 30, 2009

HePi BesDay .. Emak..

Selamat Hari Lahir Emak.. Kami sayang Mak!..

Sempena besday emak ari tu..kami adik beradik plan bawak mak jalan2. Sekitar Melaka je including shopping malls (acara wajib)ehehe..Dan akhirnya..


Ni 'tuan rumah' yg sudi menaja makan malam ni.. tenkiu Ngah.. Moga dimurahkan lagi rejeki..eheh..


Antara menu yg dioder..Sila abaikan tgn yg bersimpang-siur nak mencedok makanan tuh..eheh




Ni jek yg dpt diberi utk mak.. dari kami ..


Anak-anak mama.. Sian Arissa sampai terperesuk duk menunggu mak apaknya abis mkn.. eheheh.. makan kena tekun nak.. tak nanti mana nak 'produktif'.. winkk..