Thursday, December 30, 2010

Esok cuti umum!..yey!


Indah betul perasaan pagi ni.. Dapat khabar berita esok cuti.. yey! tenkiu PM..
Di atas tiket kemenangan perlawanan bola smlm antara Malaysia vs Indon.. Harimau Malaya Juara Suzuki AFF 2010 dengan agregat 4-2... yey! kami satu keluarga jadi tukang sorak bg sokongan dpn tv ok? So mekasih bbyk Harimau Malaysia atas penat lelah smlm dan bawa pulang kemenangan.. Safee Sali dinobatkan penjaring terbanyak.. Khairul Fahmi Che Mat penyelamat gawang Malaysia..fuhh.. We proud of you..

erkk.. PM.. satu request boleh? takkan cuti jek? bonus tak dek?
eh.. tak relevant ke? eheh..

Monday, December 20, 2010

risau..

my baby is not feeling well.. semenjak maghrib smlm asik muntah jek. makan ubat pun muntah. mungkin sbb dia batuk kot.. sampaikan kami kesiangan pagi ni.. kami terpaksa tidur kat hall sbb katil basah ngan muntah..aku bukak jek cadar sembur febreez terus bawak dia tido kat hall..sebelum keluar rumah, dia muntah air garam yang hubby bagi pagi tadi.. aku dah pesan kat cikgu nursery tu, kalu muntah lagi tlg tepon..aku nak p refer ped terus la..kesiannya arissa.. kesiannya my dear baby.. huhuhuhuuu

Konvo anak2 kecil..


Majlis konvokesyen pertama tadika anak2 aku (di tadika baru ni) diadakan di Grand Continental.. aturcara mcm biasa la.. byk tapi yang paling menarik, persembahan anak2..Arissa pun terlibat dalam persembahan pada hari tu. Anak2 semua pergi dengan cikgu by bus ke hotel. Pukul 12 tgh parents kena hantar anak2 ke nursery..Suspen, terbayang mcm2.. menangis tak Arissa naik bas..buatnya dia melalak atas bas tu mintak turun.. ayoo.. yer la.. dia mana pernah naik bas..takut cikgu2 tak dpt handle anak2 yang ramai tu. Lepas zohor, kami berdua bergerak ke hotel. Feeling2 mcm nk dtg honeymoon..yer la. dah la p hotel berdua, rasa cam pengantin baru lak.. ahakss...
Sampai2 jek, sengaja sorok diri dari Arissa. Tanya khabar dia kat cikgu jek..takut dia nampak aku terus dia jerit.. maaaaaaaa.. nak t#k..eheheh..

Masuk jek kat dewan.. waaaaaaaaaaaahh..mcm besday party. penuh belon.. aku yang jakun..ehhe

persembahan anak2 kecik (lagu little butterfly) ni paling berterabur walau ada cikgu yg tolong kat atas pentas.. yer la.. anak2 ni umonya setaun setengah hingga 2 taun.. ada yg nangis, ada yang berdiri tegak, ada yang dah siap2 berguling.. ada yang sebok nak capai belon..nasib baik arissa behave walaupun muka dia sgt blurrr...tapi menari tetap menari.. ahahaha..

aiman n d geng.. 'kayu' semua.. Atirah pun join jugak..persembahan tarian lagu Kancing Suasa.. ehehe..
door gift setiap org dpt potpuri dlm glass, ada la beg bunjut isi kopok, gula2 dan mainan..

Pujian harus diberikan kepada cikgu2 esp. owner tadika ni sbb berjaya handle event dengan memuaskan.. makanan pun sedap..roti jala, nasi goreng, pasta, sandwich, fruits, cendol pulut (sgt sedap).. yang paling laris aiskrim..lepas habis event, anak2 dibenarkan utk gunakan swimming pool.. lebih kurang jam 5.45 kami bergerak balik..akibat keletihan.. dalam kereta, anak2 semua 'pengsan'.. ehehe

Friday, December 10, 2010

Menyambut Menantu...

Baru la ada mood nak sambung citer yg dah lama terperap nih.. ehehh. minggu sudah akhirnya majlis di rumah mak mentua ..meriah dengan kehadiran sanak saudara.

pelamin yang dirasmikan oleh anak2 saudara pengantin.. sambil pengantin mengurut dada berdoa takut pelamin ni jadik 'pelamin anganku musnah'.. ahahah


'pari2 kecil' with pakcik..

makan beradap..

kek ni disponsor oleh pembuatnya.. walaupun deco tak setylish mana.. tapi, yang penting sedap..ehehe.

Gambo kami jangan tanya pasal kol 12 tgh baru berjaya tuka baju, tepek bedak semua. walaupun katering, tapi bab2 lauk pengantin tuan rumah jugak yang kena buat. aku tlg sibuk jek selain dari menjadi food tester..*wink*.. sbenarnya mak mentua ada upah sorang kakak tu buat tapi memandangkan pembantu dia EL (emergency leave) eheh.. kami tuan umah kedaung ni la yang kena tolong.. tapi tak pe.. tambah ilmu..ehhe positip..positip.. ehehe

Kami bertolak balik malam tu jugak sbb hubby kena dtg kerja keesokkan harinya.. sblm balik tu, settle yang mana patut...lagi pun katering kan, tak de la kena basuh piuk besar2..eheh..doa kami semoga jodoh mereka berpanjangan ke akhir hayat, dan bersabar menempuh dugaan alam rumahtangga..

Thursday, December 9, 2010

Masih berposkod Kedah

Betul la kot bumi Langkawi ni masih kuat sumpahannya. Korang percaya tak?..

Sumpahan Mahsuri dulu, yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk Pulau Langkawi untuk tidak tenteram ibarat padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan .. cuma bezanya skrg, sumpahan tersebut telah berakhir, yang agak-agak boleh dipercayai ayat mula2 jek iaitu.. bumi Langkawi tidak akan aman/tenteram..sebabnya.. skrg dah jadik bz menampung kehadiran pelancong2 yg terkena sumpahan shopping macam aku nih.. ahahahaha...
Ni kali kedua aku dtg ke Langkawi setelah kunjungan pertama 6 tahun lepas.. secara jujurnya mmg seronok datang Langkawi ni lebih2 lagi kalau ada duit utk 'dizakatkan' ke Idaman Suri / Haji Ismail group.. ahahah..
Kali ni kami lepaskan hajat untuk ke Gunung Mat Cincang.. nak naik kabel car.. dulu dtg, kabel car tutup utk penyelenggaraan..

anak2 dlm cable car..

ya Allah.. serius korang.. mak serammmmmmmm..

ni la 'alat' yang 'membantu' cabel car bergerak.. huhhuu
Sampai2 kat atas..aku ketaq lutut..siries..aku jakun/gayat tempat tinggi.. duduk dulu baru boleh nak bangun..utk makluman korang yang tak pernah p, diorg tak benarkan kita bawa makanan/air naik ke atas dan aku yang ada ramai anak ni, kaber line masukkan semua minuman dan makanan dalam beg..bukan aper, makanan dan minuman kat atas nun mahal skit. maklumla...air dan makanan tu semua pun naik cabel car nak sampai..jadik logik la kalu mahal. ngehugeh..
bangga tu bg tau dah smpai ..705 meter above sea level.. :D

yang paling pelik, budak ni sorang tak tau takut.. boleh dia guling2 kat tepiii pelantar tuh.. adeihhh kecut perut.. letih berlari kat atas ni mengejar si kecik nih.. haippp...

@oriental village..

idaman suri.. ehehe.. tepat skli nama yang dipilih.. aku dpt rembat wokpan siap utk mengukus... lalalala..
dah nak balik pun.. insya-Allah ada rezeki, dtg lagi..kan aku dah kata aku terkena sumpahan mahsuri..ehehe..tak byk pun shopping. bajet ciput..cuma dpt la beli ole2 skit utk kawan2, mak ngan adik beradik..coklat la yg banyaknya pun.. tak tau naper.. asal p langkawi jek DAIM jadik pilihan padahal melambak kat jusco melaka.. ehehehe..

Wednesday, December 8, 2010

melencong @Kedah Part 1..

haha.. tajuk tak leh blah, dah mcm siri akasia.. siap ada siri2 gik..

Alhamdulillah ..bertemu jodohnya. Adik ipa aku bertemu jodoh dengan org Kedah. Jauh? makan sehari perjalanan..duit minyak ngan tol jgn ckp.. laju..berlumba2 cik RM nak kua dari poket.ahahah.. Jodoh pertemuan ditentukan olehNYA...setiap kejadian ada hikmahnya. Aku redho..hikhikhik..
Kami bertolak dari umah inlaw aku lepas Isyak 26/11/2010 dan sampai Kokdiang kol 8.00 pg keesokan hari nya, setelah berkali2 berenti mengisi minyak, buang air, makan minum, berehat meluruskan pinggang yang lenguh dan jugak utk driver2 mengasap peparu..lantaklah..dah tak mkn saman maleh nak tegur kan..sampai2 kami diberi rumah persinggahan..rehat, masak lebih kurang..rehat sementara nak tunggu asar..adik ipa nikah..

nikah kat sini..
ahad plak majlis sanding.. hebat org Kokdiang buat majlis.. terlopong2 anak2 termasuk mak apak jugak eeheh.. tgk org bersilat betul2 nih.. bukan mcm kat melaka (mungkin ada begini aku jek tak pernah jumpa kat melaka ni..eheh).. takat tepuk2 lalat..tepuk angin.. siku cuit2.. ni beria2.. spontan.. sape ahli silat yg ada..pantang tercuit/terkena libasan kena masuk bersilat.. dah mcm main sep sep..sape kena cuit dia 'jadik antu' ahahahah..

ngan pengantin..

pengantin yang hepi...

abis jek bersanding.. seperti yang aku ckp awal2 tadi.. setiap kejadian ada hikmahnya.. maka..hikmahnya adalah..kami terussssssssssssss ke langkawi.. dah dekat kan? ha.. nanti aku citer lagi..

malas..

malas tol nak keje.. mana taknya ..lamanya aku cuti kali ni. hampir 2 minggu.. destinasi? uish.. jenuh meter kete bertukar.. sbnarnya cuti adik ipa kawen.. dari melaka ke pahang..pahang ke kokdiang kedah.. dah smpai kokdiang.. makruh kalu tak p langkawi.. jeng jeng jeng.. ahahah.. nanti aku citer lagi yer.. skrg ni baru masuk opis.. jari pun menaip dah tak laju sgt.. kalu ada speed test aku corot.. ahahah..

Monday, November 22, 2010

Such a Jerk!!..

Korang pernah tgk Ben10 'tua sblm usia' tak? Panic?..Dun Be!.

Oh.. Hati aku sakit.. alangkah bencinya ada perasaan mcm ni..Korang nilai la sendiri.. Actually this is not the first time aku beli/tempah kek dengan dia. But this time.. aku rasa she is really taking advantage dan buat sambil lewa jek.. kenapa aku ckp mcm tuh? If to compare dgn gambar2 kek yang dia buat utk org lain dlm laman sesawang dia.. mmg aku ckp dia sambil lewa ngan aku.. Bukan aku tak perasan..Naper dik? ko deco ikut ranking grade jawatan akak ke? oo kalu gitu, patutnya akak dpt kuih bahulu jek sbb akak ni cuma pencacai kat opis nih.. Huh!

Angah lagi la frust sbb dia yang sponsor bayar kek ni.. So dia ngan Dik Han cadangkan utk buat makeover dan inilah hasilnya..Angah pesan kalu betul la aku oder lagi ngan dia (KALAU la)..suh dia buat kek jek sbb angah boleh deco...

SEBELUM

Selepas di 'tacap'..berseri la skit..
baru la nampak kek utk birthday boy..

walau tak secantik mana tapi ceria la skit dari tadi..

Aku sebenarnya bangga bila ada anak2 melayu yang mampu buat kek yang tak perlu diragui status halalnya, sedap dan cantik. Sbnarnya ramai kawan2 yang meniaga kek jugak tapi masalah jauh la nak amik dan dia jek yang dekat ngan rumah akuh.. tapi kalu mcm ni la yang dihasilkan, baik aku beli SR.. harga pun lebih kurang jek.
Please..don't take things for granted.. cuma nasihat akak, lenkali nak meniaga biarlah dari hati yang ikhlas dan jujur.. apa pun akak doakan ko terus berjaya.. for us.. this will be the end..
tak mungkin berpaling la.. bak kata SLAM..

buwekkkk..



Saturday, November 20, 2010

My Little Prince is turning 5!

Syukur Alhamdulillah.. 25/11/2010 akan datang Aiman akan menjangkau 5 tahun.
Selamat hari lahir Aeyman.. Semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kecerdasan & kesihatan yang baik, semoga menjadi anak yang Soleh.. Aminn..

Sekejap jek masa berlalu..Dah 5 tahun umur Aiman. Tahun dpn dah pre school tapi manjanya kalah adik Ieca..ehehe..Ujung minggu baru2 ni kami buat makan2 skit utk birthday aiman yang akan datang. Tak panggil org lain pun cuma kami jek..Sambut awal dgn family sini sbb ujung minggu ni dah nak balik Pahang..

Tenkiu Mak Ngah.. sponsor kek Ben10 ni.. erkk.. ben10 kan? ke korang nampak rupa lain?

Budak dua org ni mmg 'klick'..

Antara menu yang dah menjadi santapan kami:

Home made pizza.. Dik Han order kat kawan dia (lelaki yg buat ni tau)..
lembut, gebu..sedap & sgt puas ati..

nasi ayam..
&
sup tulang (gear box)..

Alhamdulillah semoga murah rezeki semua..seperti biasa kalau ada event makan-makan macam ni adik2 aku byk kua duit tlg sponsor dan ulur hadiah. Gamaknya tahun ni tema birthday aiman Ben10. Semuanya ada muka ben10..towel, jam tgn, stationery sampai la ke kek.. Aiman bykkk hepi..eheheh..Tenkiu semua!..

Thursday, November 11, 2010

Happy Early 40s..

For mens..Life begins at 40.. erkk yer eh? Tu falsafah omputih, kita yang melayu ni amik iktibar dan peringatan atas umur yang semakin meningkat. ye tak? hikhik.. Semalam sempena ulang tahun kelahiran abg yg ke 4*thn, aku plan ajak angah p mkn kat pizza hut. Orang lain tak de sbb kebetulan balik keje terus p. Madir dtg kendian atas sebab2 kengkangan keje.. Apa pun utk mak tetap kami tapaukan..Kesian besday boi, kek pun tak do. Tak pe la, nanti masa birthday aiman..share la potong kek..ehehe....

Ucapan dari kami :
Selamat hari yang ke 4* abg.. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga hari2 mendatang sentiasa melimpahkan kebahagiaan dalam kehidupan kita sekeluarga..

Besday boi bersama adik ipar.. org sibuk citer pasal mknn, diorg bz citer pasal kete.. tak sudah2..
mekasih angah.. tlg sponsor separuh.. ehehe
ha..amik ko!.. like uncle.. like nepiu..eheheh..
mmg gini gaya arissa kalu mkn sup.. tak kira kat mana.. dah tak bleh nak kontrol2 cun, nak kontrol vip ke..emm.. gasak le nak..

burpp.. alhamdulillah..
budak paling comot dan paling kenyang semalam.. dia sorang 3 mangkuk sup + 4 keping garlic bread + milo.. believe it or not? better believe it.. ehehe

Lepas kenyang, kami terus gerak balik ke rumah.. Besok nak skolah lagi. Lepas Hari Raya Aidiladha baru cuti sekolah bermula..Insya-Allah lepas ni kalu ada rezeki dan izinNya, sambut besday Aiman plak.. Mak Ngah dah bg duit utk sponsor kek!..yeay!..eheh

pst.. jgn heran kalu gambo sama ngan tuan tanah lagi sorang tu.. dah tentu2 kamera dia.. sharing is caring.. eheh..

Monday, October 25, 2010

Joy Ride!..

Akhirnya.. baru la dpt merasa naik buggy ni..kesian eh? org luar Melaka dah naik, aku yg duk kat Melaka baru nak naik.. eheheh..
kami dapat buggy yg cun ..pink gitu.. eheh mula2 dapat kaler kuning. tapi kaler kuning ni tak der bumbung.. anak2 tak mo.. tetiba datang la si pinky ni..oh mmg idaman la sbb kalernya cantik..
Sementara nak tunggu buggy pink ni cool down dulu, anak2 mula la buat tempat ni mcm playground dia sendiri.. lepas satu, satu yang dicubanya.. staff2 kat situ pun dah jeling semacam kat anak2 akuh.. ahahah.. nak wat camner dik, anak akak mmg lasak! sok2 anak2 ko lom tau gik, entah lebih lasak dari anak akak nih.. ahahah..
mujo la bila buggy ni bergerak arissa duk diam2 agaknya sbb takut tak de pintu, tak mcm kete.. eheh.. sejukkk je jalan dlm utan nih. Ada juga tempat untuk berhenti..kami dapat buat 2x round sbb hubby aku bawak buggy ni bukan gaya bersiar2.. tapi ruper nak melepas gian lumba kete..lagi pun cuaca tak mengizinkan untuk beromantika lelama dalam buggy ni.. dah nak tengahari, panas..ahahaha..

Untuk makluman, 35minit pertama cajnya ialah RM35.00 (yang ni utk 4 seater). Caj tambahan selepas 5 minit akan dikenakan..ada jugak untuk motor (1 seater & 2 seater), ada family buggy (6 seater).. boleh pilih ikut kesesuaian dan keperluan masing2..Korang boleh la try p ke Botanikal Garden, Ayer Keroh. Opss.. lupa nak citer, lesen memandu bagi pemandu diperlukan walau tak de polis/jpj buat road block dlm hutan ni yer..Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kemalangan sewaktu memandu buggy ni ..ehehe..

Tuesday, October 19, 2010

Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak..

Bila baca ni terasa betapa 'kurangnya' aku sebagai seorang ibu.. Apa pun sebagai manusia kita perlu sentiasa memperbaiki diri sendiri dan di sini aku nak share ngan korang info yang aku dpt ni dr fb....

Mengatasi masalah kuat marah pada anak Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia. Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa/mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam...

Monday, October 11, 2010

* pic aku amik dari fb .. fwd oleh kawan2..

Ya Allah..Kalau dah takdirNYA.. tiada siapa yang mampu menghalang. Namun kita harus percaya ada hikmah dan pengajaran dari setiap yang terjadi. Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Takziah kepada kaum keluarga / kenalan mangsa kemalangan ngeri yang berlaku di highway Pedas N9, berhampiran Simpang 4 Alor Gajah semalam. Terlalu ngeri dan aku tak sampai hati nak upload gambar2 mangsa kemalangan dan tempat kejadian. Aku yakin korang semua pun dpt tgk.. ramai yg upload peristiwa dan gambar2 ni dekat fb.. Sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk kaum muslimin/muslimat yang terlibat..