Friday, January 8, 2010

Thursday, January 7, 2010

Tak Puas Hati? Lu Pikir Lah Sendiri..

Tangguh dulu eh bab update blog 'KL part 2 dan seterusnya'.. eheh..ada berita lebih hangat utk ditulis yang lebih penting dr berita terkini yang lain..

Akhirnya nasib Setiausaha di'bela' jua. Isu Pelarasan Skim PA (Pembantu Tadbir Kesetiausahaan)dengan bahasa mudahnya Seketeri menjadi isu hangat.. betul la kata adik akuh.. lebih hangat dari segmen Terjah abg rambut ketak@nas ahmad tu. Mana taknya berbalas-balas kenyataan dalam akhbar. Kalah isu minyak naik harga..

Pelik betul kenapa isu ni disibuk-sibuk dan dihangatkan oleh mereka2 yang tak puas hati sehingga memberi kenyataan bodoh .. Setiausaha tugasnya cuma 'jaga diari bos & pembancuh kopi sahaja' (Sori eh.. bos aku minum nescafe 3 in 1), kenapa perlu ada kenaikan khas.. Singkatnya pemikiran! Hello.. org yg ko kata tukang 'jaga diari bos & pembancuh kopi' ni ada diploma ok.. 2-3tahun menghadap course tu.. ingt senang? Diploma yang kami dpt ni..dari IPTA (dari uitm/politeknik) yang diiktiraf oleh kerajaan. Boleh tak cuba menghormati perasaan dan tugas orang lain?. Kita bukan buat keje setakat hal ehwal pejabat sahaja.. segala macam 'tuk nenek' luar dari hal kerja yang diarahkan pun kena buat jugak. Bukan setakat Boss.. yang bukan BOSS pun perasan nak ada PA.. pun mengarah jugak.. bOleh kita ckp.. eii aku bukan report duty ngan ko. Aku PA '*%^&$-' boleh?. Buat jek kan? Kalu bos marah orang atau orang2 marah bos?.. kita jugak org pertama yg tadah telinga..Pernah org nak amik tau?

Sori la.. emo skit. Mungkin tak semua berfikiran macam tu. Ada yang sangat terbuka dengan isu ini. Cuma pada yang sempit pemikiran ni, aku nak ckp..Rezeki masing2 telah ditetapkan oleh NYA..Aku percaya ada juga kerani yg ada diploma/degree tapi..bak kata Pn. Izan, kalau dah tau tak puas ati.. naper apply jadi kerani dulu? ..kalu ckp nanti kecik ati.. Lu pikirlah sendiri ha..

Tuesday, January 5, 2010

KL Trip (Part 1)

Penutup tahun ni diakhiri dengan trip ke KL seperti yang dijanjikan pada Atirah sempena 'cabaran' kami padanya utk dapatkan nombor 1 untuk peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah..walau pun 'sekolah makan' at least dia berusaha. Kebetulan masa majlis penyampaian hadiah di majlis konvokesyen dia, dpt lucky draw tiket ke petrosains utk kami sekeluarga. Jadi mmg sesuai la destinasi pilihan kami ni. Kami pergi dengan Angah sekeluarga, emak & Raihan. Yang lain tak mo ikut termasuk nenek dengan alasan malas nak jalan2, ada org nak ngaji la.. yang sebenarnya dia risokan ayam itik kat reban.. ehehe..
Kami stay di Vistana. Amik 2 bilik memandangkan 2 family pergi. Malamnya kami p makan & jalan2 naik LRT. perghh! dengan dukung Arissa, nak pegang Aiman ngan Atirah lagi.. time ni la terasa makk aii ramai anak aku rupanya.. mana tidak, nak make sure diorg safe and sound dengan kami bukan senang.. Serik aku, tobat yer tak mo jalan kaki/naik lrt gik. Apa pun mekasih En. Madir, kalu tak mau kami sesat..




Acara ni yang paling budak2 suka..




Ni baru part 1.. Nanti sambung citer lagi.. :D

Monday, January 4, 2010

Orientation Day ...31st December 2009

Salam 2010!. Lama tak update blog tetiba tahun dah bertukar. Sekejap betul masa berlalu. Pejam celik Atirah dah 7 tahun..Hari ni (4/1/2010) hari pertama Atirah masuk darjah 1. Tapi nak citer pasal hari orentasi dia memandangkan hari ni tak amik pun gambar sbb dah terlambat.ahaha.. Nasib baik aku amik cuti.. jadi tak perlu terkejar ke ofis pulak. Sampai jek dah dengar announcement utk berkumpul di tempat perhimpunan tapi..mak aii penuhh..parents lagi ramai dari student.
So, on 31/12/2009 adalah hari orentasi utk student standard 1. Excited betul rasa cam nak hantar anak ke Universiti. Gamaknya camni la perasaan mak ayah aku dulu kot. Atirah sgt cool dan relex compared to me yg asik tinjau dia kat tingkap sampai dia suh aku balik.. ahahah..
Dulu, masa aku la.. takut tol nak masuk sekolah masa hari pertama. Cikgu tanya nama pun tak kua suara nak menjawab. Tapi skrg mungkin disebabkan pendedahan awal kanak-kanak yang dah ke nursery jadi diorg lebih bersedia dan berani. Layan gambo atirah..hari pertama ke sekolah mmg putih berseri.. masuk hari kedua.. dah kepam..ehehe





Selamat menjalani alam persekolahan..Semoga Atirah menjadi manusia yang berjaya dan diberkati di dunia dan akhirat.. Amin..