Tuesday, May 17, 2011

Anak buah baru!!..

Alhamdulillah.. bertambah lagi seorang umat Muhammad SAW..bertambah cucu dan cicit dalam keluarga kami yg kecil ini..Angah selamat bersalin baby girl hari ni dan paling syok.. ari ni jugak anniversary aku yg ke 9..ehehe..nanti suh ibu prepare kek dan adiah utk kita taun2 akan datang eh baby?..

selepas 3 jam.. ha.. pipi bak pau dikukus.. bukan pauh di layang lagik..

Semoga Nur Ain Hanania menjadi anak yg solehah, yg boleh dibanggakan keluarga, berjaya dunia dan akhirat..

ralat: gambo pesakit belakang tu bukan adik aku yer.. jiran sebelah katil adik aku.. tak tau nape dia boleh termasuk dlm ini gambar..ehehe..harap maklum..(siap ada ralat)ahahah..

my anniversary..

alhamdulillah.. today is our 9th anniversary.. semoga Allah pelihara kehidupan kami sekeluarga, berikan kami kebahagiaan dunia & akhirat, dilimpahkan segala rahmat dan kasih sayang serta dimurahkan rezeki yang berkat..Aminnn..
Macam taun2 sudah jugak, tak de la sambut gilang gemilang. malam tu kami sekeluarga keluar makan malam..plannya keesokkan hari nak berjalan2 kebetulan cuti wesak juga.. tapi tiba2 dpt 'emergency alarm' yg angah dah ada tanda2 nak bersalin..so kami standby jek..tapi tak sangka2 ada gak present dari hubby taun ni..alhamdulillah..mekasih abg... kalau tak dpt adiah pun saya tetap sayang abg sorang (tipu skit la..mesti kecik ati kalu tak de) ahahah..berganda happy, dpt anak buah baru yg share tarikh anniversary kami tahun ni..
tapikan sgt seronot la..umpama ada pesta bunga api dalam jiwa mak ni! ahaks...dapat la merasa tag line 'semuanya di ujung jari'..kalu publish post dlm fb pakai phone pun kua la.. via android..ehehe..harap maaf sebab jakun skit, walau jauhhhh sgt tahap kecanggihannya kalu nak dibandingkan dgn henpon org2 lain, tapi tak kesahlah..yg penting hado!..ehehe

Wednesday, May 11, 2011

Cerita bergambar..

Penceramah Kursus 'NLP Golden Tounge' Dr. Azhar Hj. Sharip..Byk ilmu yg kami dapat..mudah2an dapat diamalkan jugak.. Dr. Azhar ni ada slot dalam Mingguan Wanita.. salah satu tajuk tulisan dia yg aku tak leh lupa.. 'Berhenti Menjadi Tarzan di rumah'.. uhh.. terasa tau!..ahaha
Tu.. bilik aku yg ujung skli blh kiri (bawah). resort ni dilengkapi dengan surau..memang sesuai kalau nak buat kursus/training kat sini..
lobi
Cafe.. nama pun dah tunjuk 'negori' cafe berlado..mmg podeh mknn dia.. tapi yg best..fresh dari kuali..baik cekodok, lempeng, ayam/ikan..mee goreng..semuanya dibuat masa tu jugak..even buah2an pun kita boleh pilih mana nak.. diorg akan potong time tu jugak.. kecuali nasik, lauk2 kuah la.. tu mmg diorg prepare awal.. fuhh gile best!.. bila dah puji2 sgt ni maka pepaham la akibat dari kursus 3 hari ni, berat badan aku naik 1kg..ahahah..
Bersebelahan dengan resort ni, adalah bgnn istana seri menanti yg lama tapi kini dah dijadikan muzium..Istana lama ni ada 4 tingkat. Kerja-kerja pembinaan istana lama ini telah bermula pada bulan Nov 1902 dan siap pada tahun 1908. Lama kan? tapi kayunya mmg kukuh. Paku dan skru tidak digunakan dalam pembinaan istana lama ni. Pada sebelah malamnya, kami semua dijemput untuk upacara 'makan beradab' di dalam istana.. seram jek ko.. yer la dah bangunan lama kan? tapi bila time makan.. tak de sorang pun aku nampak mengekalkan muka cuak mcm masa memula nak naik tangga.. nama jek makan beradap.. bila dapat lauk gini maunya korang nak beradap sgt? siap angkat2 tangan mintak tambah lauk ngan nasik..ada yg dari bersimpuh terus bersila.. ahahaha..

rendang betik, ikan keli sambal, daging salai cili api, ulam2 + sambal belacan, telur dadar, telur asin, air sejuk.. perghhh! sape bleh diet? cer citer..ahaha..

Balairong Di Raja..
Tempat peraduan Di Raja. Malam tu kami diberitahu yg tempat peraduan ni walau dah dikemas mcm mana pun, keesokan harinya mesti perlu dikemaskan semula sbb ada tanda2 seperti telah 'digunakan'.erkk..
Pemandangan dari tingkat atas yg mana zaman dulu Baginda Sultan melihat pemandangan dari istana.. tapi dulu tak tau la rupanya camner kan. Sebenarnya aku mmg terlupa bawak kamera.. jadik, gambo2 yg ada ni adalah dari kamera kawan2 yg pergi skli.. zana, yan dan kawan2 lain..terima kasih sbb sudi berkongsi gambar dengan kami2 yg tak bawak kamera nih.. :D

Tuesday, May 10, 2011

Udah pulang..

Assalamualaikum & morning everybody.. Alhamdulillah..saya dah selamat pulang dari Seri Menanti.. nanti saya stori yer.. sgt syokk (walau memula kengkonon tak mo p kan?)..ahaahaha.. dah la smlm mc sbb tekak sakit..batuk..tak sihat. pgi ni masuk tgh inbox penuh ngan 'ayat2 cinta' dan 'pesanan penaja'.. jadi.. kerja..kerja.. tak leh wat keje lain dulu.. ehhehe..

Friday, May 6, 2011

Pakej 3 hari 2 malam...

Bukan pakej percutian.. pakej kursus ..eheh..Saya akan pergi berkursus.. 3 hari.. ari ni, esok & lusa.. huwaaaa.. malasnya nak p..
Tajuk kursus dah berjaya buat aku cuak..aper la rupernya nanti... Kursus Setiausaha (NLP GOLDEN TONGUE) @Seri Menanti Resort, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.. em.. adoiiihaii..berat ati nak tinggalkan anak2 ngan laki i skli la.. ummpp.. tak pe.. pk positip.. nak berjaya bukan mudah.. nak tambah cpd pun bukan mudah.. ahaha..