Monday, March 28, 2011

Untuk Atirah.. (8yrs old)

Happy Birthday Atirah..

Dah besar Atirah..rasa baru jek mama peluk atirah dlm kain bedung, susukan Atirah..Pejam celik, u're now 8 yrs old..Mama sentiasa syg atirah..walau Atirah rasa mama selalu marah2 pd atirah, kkdg tgn mama laju lepuk dan tercubit Atirah..Lepas tirah tidur, mama rasa menyesal sgt. tapi tu semua bukan tanda mama benci atau tak sayang pada Atirah. Percayalah, mama syg sgt2 pada atirah ..kan Atirah '

cahaya Kesayanganku Yg Utama'..Marah mama sbb mama nak Atirah ingt dan tahu apa yg Atirah buat salah dan perlu mama marah.. Tiada ibu yg tidak 'chinta' pada anak2nya.. Anak2 yg dilahirkan di atas taruhan nyawanya sendiri..Sementara mama bernafas mama mahu pastikan Atirah 'cukup bekalan' utk dibawa sekiranya mama tiada lagi nanti..sebagai panduan kala kita berjauhan..Supaya Atirah sentiasa ingat dan jadikan pedoman untuk melindungi adik2 Atirah..

Mama mahu Atirah 'kuat' dan menjadi contoh tauladan kepada adik2, ingat pada asal usul kita, berpegang teguh pada Agama..Ingat pada onyang, nenek, atuk..keluarga saudara mara yg sayang dan sentiasa mendoakan kesejahteraan Atirah..

Mama doakan semoga Atirah

panjang umur, murah rezeki..

berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak yg solehah..dan berjaya mencapai cita2 Atirah (let it be our secret ..ok)ehehe.. Mama selalu berdoa Semoga Allah panjangkan usia kita semua dan semoga kita sekeluarga terpelihara, dilimpahi rahmat Dari NYA selalu.. Amin..

Mama akan sentiasa 'menulis' utk Atirah..walau bahasa mama tak seindah mana..asalkan Atirah mengerti apa yg mama cuba sampaikan, ia dah cukup bermakna.. Till my next 'letter' Insya-Allah..

No comments:

Post a Comment