Wednesday, April 17, 2013

USS Singapore.. Here We Come!... :D

Alhamdulillah..Syukur.. segala yg dicita2kan dpt ditunaikan.. walau berbagai rintangan terpaksa dihadap, baik dari nak pergi smpai ke balik, tak pe.. yg penting dpt berjalan..ehehe..

Destinasi kali ni, kami ke USS Singapore.. terlanjur cuti melaka ari tu, satu family kecik kami pergi..seronok betul dpt menyumbang kegembiraan utk mak, nek, adik2 dan budak2 la terutamanya.. sebenarnya lama dah tak jejak kaki ke Singapore.. last aku p masa form 4.. lama kan? dulu Sentosa ada underwater world jek.. 

Untuk ke USS, aku pilih complete package including breakfast, tickets ke USS, shuttle bas semua dengan The Zon.. 3D 2N..


Service? aku bg 2.5 out of 5 star!.dari bilik sampai ke bas yg kami booked ke USS.. serius ckp mendukacitakan.. tak berbaloi dengan taraf hotel ni..kami tiba awal, cuci mata, makan kat the zon shopping mall dulu.. tepat kol 2 pm kami tiba kat reception. c/in mcm biasa after 2..aku amik 4 bilik (joinning door..2 bilik, 2 bilik),   tapi aku dpt jejak kaki dlm bilik kami sendiri jam 4.45 ptg. betul2 azan asar kat tb tu kua, time tu la aku baru letak beg.. hampeh!!..alasan nyer guest lambat c/out, housekeeping tak sempat kemas la.. aku dah booking lebih kurang 3 minggu+ awal. sepatutnya management hotel, bole buat proper arrangement la kan?
bilik pertama aku dpt hampir kol 3.15 ptg, bilik ke 2 jam 3.35ptg, bilik ke 3 & 4 aku dpt tepat jam 4.45 ptg..step by step.. itu pun setelah aku menunjukkan amarah yg melampau kat reception tu. anak2 dah melasak yg amat kat lobby ..maklum le .. org kg dtg otel, mmg tak reti diam.. kusi fully seated..separuh kami duk kat lantai, bertinggung.. berdiri..menonggeng jgn citer la.. dah penat melasak, diorg menangis nak mandi pool. badan masing2 dah berlengas, hampir 1jam lebih kami berkelana kat lobi tu..masuk2 bilik, towel mandi tak de!..45 minit lepas mintak baru dpt!..face towel/floor towel aku dapat hari ke 2 (setelah berjuta kali aku mintak).  rasa2 aku patut mengamuk tak!?..   

*ini adalah pengalaman peribadi aku dgn the zon.. kalu org lain tak kena mcm aku, bagus lah.. alhamdulillah.. rezeki org, lain2 kan? 

 Bilik.. pada aku, ok..bersih selesa tapi katil dia kecit la.. eheh..yer la..bukan suite pun kan.. 

 View dari bilik.. nampak tak? tuuu.. jambatan ke Singapura...
dah bayau kan? angkut la ni semua balik.. ala..semua org pun buat yg sama kan? ehehe

Esoknyer..dengan perkhidmatan bas (RWS) yg aku booking khas utk family kecil kami, kami ke sini...
nampak 'globe' ni ilang la walang di hati.. lebau la senyuman masing2.. eheheh... jom kita tour!.. nanti aku update gambau kat dlm plak.. :D