Monday, June 28, 2010

Selamat Hari Ulangtahun Mak....

Selamat Hari Ulangtahun Emak..
Hari ni hari ulangtahun emak yang ke..58 tahun. Semoga dipanjangkan Umur, Dimurahkan Rezeki, Dikurniakan Kesihatan yang baik dan Semoga sentiasa dilindungi Allah..
Kami sambut birthday emak in advance.. sebab utamanya tak saba nak mkn 'hot chocolate cake' yang kami tempah khas sekali ngan kek tunang Dik Han.. hand made originally from Yulie Bakery. sgt sedap.. sgt moist dan coklatnya melimpah ruah. cam iklan plak.ahahah.. Mak dan nenek puji sedap kek nih. Kanak2?..action speaks louder than words.. ahahah..especially aqeef yg seronok kutip coklat yg disagat penuh atas kek nih..
Hadiah birthday utk mak kali ni.. kami adik beradik belikan 3 helai tudung..dari de zahra..apa pun semoga mak gembira selalu dan kami sayang mak!..

sgtt sedap. ...percayalahhh..eheh

Selamat Bertunang.. Dik Han

Semalam, berlangsung majlis pertunangan adik perempuan bongsu aku, Dik Han dan pasangannya. Kepada mereka..Selamat menempuh alam pertunangan..

Antara menu kami ialah ikan sembilang sambal, ayam goreng, nenas dan lauk yg paling mendapat sambutan hangat.. eheh.. Pucuk betik + daging salai masak lemak cili api.. perghh terangkat..tak smpai lagi org sebelah dah licin..
Ni kek dari yulie bakery.. sgt cantik..
gambar: kredit to yulie bakery.

hantaran kedua belah pihak.. 7 berbalas 9..

Ni la 'buapak' @ ketua adat kami..Terima kasih tuk sbb gigih datang dan byk bantu kami..

Budak 2 orang yg sgt glamer hari tu.. nama diorg jek asyik dipanggil sepanjang majlis.. takut ilang dari pandangan..

Syukur alhamdulillah majlis selesai secara 'aman' dan teratur walaupun ada kera-kera sumbang eh suara2 sumbang yg sibuk jd pengkritik tetap majlis kami. Biasala la manusia ni, mana ada yang perfect..kalau ada salah dan silap serta kekurangan .. kami pihak tuan rumah memohon maaf..Terima kasih pada semua yg membantu..

eh tetiba buat ucapan kat org kampung eh? bajet cam makcik2 tu baca blog akuh.. ahahahah..

Tuesday, June 22, 2010

Untuk Lelaki2 yg Bergelar 'Suami'..

I received an e-mail from a friend of mine..A beautiful quote, sangat menyentuh perasaan dan saya sgt teruja utk share dengan org lain..Sharing is caring..tak gitu?

Untuk Lelaki yang Bergelar Suami..

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu.. Selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah..
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi.. dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah..
hanya jika dia sangat Menyayangimu..
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2..

Jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana.. dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
Jika seorang isteri menangis keranamu,

tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis KERANAMU...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?..

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA… dan sangat BERHARGA...

Life never seems to be the way we want it, but we live it the best way we can. There is no perfect life, but we can fill it with perfect moments with a perfect person ...

Masih sakit2 badan...

2 minggu hilang dr dunia I.T..perghh haru.. fb tak der, tak dpt skodeng blog org, tak dpt baca email...sungguh haru biru..
dengar cam kena campak dlm gua plak kan.. eh bukan.. aku kena p induksi.. sian kan? org lain dah abis joli duit epf..aku baru terhegeh2 nak p induksi.. tinggal anak & suami..sedih giler terutama bila time 'pam susu' uishh.. sama laju air mata ngan air susu.. eheheh..
memula plan nak bawak laptop..tapi takut ilang. urusetia kedekut tak mo bg guna internet..dengki tol..tu yg tersisih dr segala perhubungan dgn dunia luar..tak per la. yang penting.. aku dah kembali ke rutin harian..pegi opis.. balik umah..tak sanggup lagi nak pisah lama2 ngan anak2.. walau pun gitu..seronok la pasal jumpa kengkawan baru.. pengalaman baru.. cuma yg tak ilang lagi sakit2 badan akibat dr aktiviti jungle tracking..lebam lutut tak ilang gik.. cuma rindu kat anak2 dan hubby dah ilang.. ehehe..lepas ni dgrnya btn plak.. ayarkkk...