Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri..2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Tak habis lagi citer raya yer?. pose hampir sebulan.. makanya, raya harus jugak hampir sebulan.. ehehe. Tahun ni giliran umah hubby dulu baru umah mak aku. Ingatkan puasa dapat nak kurangkan lemak2 berlebihan tapi rupanya raya ni menambah sekali ganda lagi. Dah asik makan jek, tambah plak minum air gas. Fuh.. Tahun ni konon2nya tema kaler raya kaler coklat..rupanya ramai plak ipa duai pun kaler coklat.. sama plak ngan kaler langsir mak mentua aku.. ceh.. tak aman nak glamer dari org lain.. ahahahah


anak dara kenit mama ni tak sampai setengah jam pun pakai tudung.. tgk kakak pakai.. dia pun nak pakai..
Takde gambo bersalam bagai.. masing2 tak mo publish muka buruk sedih..eheh. Balik ke Nyalas raya ke 2. Sampai pun dah lewat, maka hari raya ke 3 kami p umah sedara belah nenek plak..


Lepas 'cuit'2 kuih raya, budak2 ni ilang ke laman. Rupa2nya diorg kejekan moto ni.. mujo tak rebah..

Raya tahun ni sebenarnya sama jek ngan taun2 lepas.. Aktiviti tak berubah.. berjalan ke rumah saudara mara, balik umah.. tunggu org datang plak..Dah penat, tertido dpn tb ngan balang kuih raya kat ujung pala..eheh..
Yang tak bestnya cuma plan nak jumpa kawan2 lama tak jadi atas sebab masa sgt pack memandangkan family in law aku pun balik ke melaka beraya..semua tido kat umah jadi takkan nak tinggalkan tamu ikut konvoi kawan2 plak kan? tak der rezeki.. maybe next time.. Insya-Allah..

Thursday, September 9, 2010

Menjelang Aidilfitri...

Esok Hari Raya.. Raya.. yey!!..ehehe

Kepada semua yang mengenali.. saya & keluarga ingin memohon ampun dan maaf di atas salah silap, mohon halalkan makan minum dan semoga Aidilfitri kali ini akan membawa keberkatan kepada kita semua..

Jgn tak percaya.. aku terpaksa gagah jugak dtg ke opis pagi ni. Sangat menyentuh perasaan okey.. jalan raya ke opis sgt 'clear', parking lot kosong..tak nampak kelibat org pun dlm kawasan kampus ni.. pergh.. haru ok. Tak pe..petang ni kami akan bertolak balik ke Pahang, raya ke2 Insya-Allah bertolak balik ke Melaka..Aku akan cuti seminggu straight lepas raya pastu baru naik keje minggu dpn nye.. :D Malam tadi dah siap2 packing baju, kuih raya nak bawak balik untuk mak ngan mak mentua pun dah asingkan..eheheh..begitu berkobar nak raya.. tido malam tadi sgt nyenyak sampai terlepas sahur.. ahahha.. sori abg.. sori atirah.. mama tak sengaja.. eheh.. malam tadi mama tido lambat pasal nak siapkan jait manik kat baju anak2 yer..

Jap lagi nak terai 'kecek' kat bos nk balik awal..semoga perjalanan pergi dan balik dipermudahkan dan dilindungi oleh Allah.. begitu jugak dgn kawan2 semua.. semoga semua selamat di dalam perjalanan..Aminnn


* kecek... sama ertinya..mintak/memujuk rayu secara baik budi tapi tak sampai membodek.. ahahah