Monday, April 18, 2011

Tetiba rasa 'tacing' sangat....

Anakku,

Entah apa yang Mama fikirkan ketika ini

Rasa bersalah, rasa kecewa, malah sakit hati pada diri sendiri.

Mama mengenang dirimu yang Mama marahi sebentar tadi

Engkau hanya menumpahkan secawan kopi,

Tapi kemarahan Mama terlalu berapi-api

Hampir sahaja Mama lupa bahawa engkau tidak sengaja

Mama juga lupa bahawa Mama juga boleh melakukan kesilapan yang sama,

Pada bila-bila masa sahaja.

Terkilan Mama seketika,

Bila Mama kenangkan semula,

Saat2 Mama mengabaikan dirimu,

Ketika engkau ke dapur berlari laju,

Dengan wajah penuh ceria dan gembira,

Seperti ada khabar yang ingin dikongsikan bersama,

Tanpa rasa ingin mendengar,

Mama teruskan memasak dan dan berpaling selamba,

Malah Mama menghalaumu semula ke ruang tamu,

Reaksi Mama seolah terganggu dengan kehadiranmu.

Engkau nampak sedikit kecewa,

tapi Mama hanya berlagak seolah tidak ada apa2.

Sedih hati Mama, sayang.

Bila mama terkenang lagi, ,

Ketika engkau menghulurkan tangan ingin bersalam ke sekolah,

Mama acuh tak acuh membalasnya,

Mama hanya membebel melihat kasutmu yang kotor terkena lecah,

Meski begitu, engkau masih melambaikan tangan,

Mengucap salam dan selamat jalan.

Mama marah bila engkau tidak menyusun bajumu dalam almari,

Mama mengamuk bila engkau terlupa membasuh kasut sekolah sendiri,

Panjang leter Mama bila engkau terlalu ghalib menonton TV,

Laju tangan Mama mencubit dan memarahi,

Bila engkau dan adikmu saling mengusik dan bergaduh sesama sendiri.

Saat ini, ketika Mama memandang ke arahmu,

Yang sedang tidur kepenatan, letih dan lesu,

Mama tiba2 terasa kesal dan sayu.

Engkau masih anak kecil Mama, anakku.

Terasa baru semalam Mama mendukungmu,

Menukarkan lampin, menyuapkan susu,

Mengusap dan menciummu tanpa jemu.

Tapi hari ini,

kenapa tiba-tiba Mama mengharapkan segalanya menjadi serba sempurna?

Kenapa Mama seperti terlupa bahawa engkau masih anak kecil yang mengharap belaian manja?

Yang masih dahaga kasih dan perhatian dari kedua ibu bapanya..

Kesalnya hati Mama ini sayang..

Benar, engkau masih seorang anak kecil,

Sedang Mama telah menuntut terlalu banyak perkara,

Mama terlalu mengharapkan engkau menjadi serba serbi sempurna,

Hingga Mama lupa betapa banyak kesilapan yang Mama sendiri cipta.

Maafkan mama sayang..

Mama benar-benar lupa..

Saturday, April 2, 2011

Arissa is Getting Better...

Alhamdulillah.. Arissa is getting better atas berkat doa semua. No more fever, only flu and cough..Duk kat spital mmg sgt tak syok..badan yang sihat pun boleh rasa nak demam..Tak sanggup dah nak dgr Ieca nangis bila nampak 'en. fisio' yg masuk sini utk sedut kahak dia..mak, nek, adik2 pun kesian terpaksa datang dari kg nak tgk ieca..dah la kena guna mask..ckp pun bergema2 balik kain tutup mulut tuh..ahahah..dr kata ieca dah boleh discharge senin nih.. yea..balik umah.. cepat la..uhuhu..