Thursday, May 27, 2010

Convocation Day ..UiTM..

Hari Konvokesyen UiTM .. meriahnya. Dengan pengalaman 72 thn, mmg sgt well organized..teringat masa amik diploma dulu walau pun tak semeriah ini. Cuaca mendung dan hujan renyai.. tapi tetap meriah ngan parents yang tak berenti tersenyum menunggu anak2 dengan penuh rasa bangga..Mudah-mudahan kami juga berpeluang menikmati rasa bangga seperti ini dengan melihat kejayaan anak2.. Insya-Allah.. Aminnn..

Bukti kami semua tumpang seronok.. tgk.. semua meleret senyum..eheh

Dik Han sarat ngan bunga.. aku sarat ngan berbagai barang termasuk kipas.. sweater anak.. tersangkut semua kat h/bag..eheh

mana aku pandang nih.. tu ler kamera byk sgt..eheh

Dari UiTM kami terus ke SACC mall.. Memang aku tau body shop ada buat offer..kebetulan aku ada membership..dpt lagi +10% discount... aper lagi.. rembat la..
Lepas shopping baru teringat lapar..Alhamdulillah.. ada org yg murah hati belanja kami makan pizza hut hari tu.. terima kasih daun keladi.. ehehe
nampak tak iras2 muka gamba si 'bukan pemblog tegar' kat cermin tuh? alah.. dia bukan takat amik gambo mknn jek.. segala macam la yg diamiknya.. mujo gambo manager pizza tu tak kena snap.. eheheh.. jadik.. gambo ni mmg otomatik kompom aku cilok dr blognya.. aper guna ada 'sedara' seblog.. pinjam la gambo eh?.. eehehe..

Arissa yang seronok sgt hari tu.. kakak ngan abgnya mmg over seronok dah.. duduk pun tak mo ngan aku dah.. kalu mak ngah, pak ngah ada..mmg ngan diorg jek..smpai kete pun nak naik kete diorg.. tak per la. aman skit aku nak mkn .. eheheh.. Lepas kenyang.. kami terus balik ke Melaka.. Alhamdulillah..Seronok betul jalan ramai2 ni.. Insya-Allah, jika dimurahkan rezeki..akan ada lagi trip sebegini di masa akan datang.

Monday, May 24, 2010

Shah Alam..here we come!..

Tajuk cam p Paris gamaknya.. padahal Shah Alam jek.. eheh..
21st Mei 2010, Kami konvoi beramai2 ke Shah Alam untuk meraikan konvokesyen Dik Han. Alhamdulillah selepas 2thn + dia berjaya dpt Degree dan kami semua tumpang bangga..tahniah Han!..Kami menginap di Intekma Resort..Kami ambik apartment 3 bilik, 2 bilik air, siap hall ngan dapur..ok la.. overall marks aku bg 5/10..hazab. kunci pintunya/kad tak function..ngamuk2 adik aku nk bukak pintu .. ngan water hitter yg sewel..tetiba anak aku tgh mandi dia menjerit.. shower berasap!..fuh..panas..nasib baik tak melecur anak akuh..sblm atirah mandi aku dah ejas temp air tuh..tapikan tgn aku melecur.. malam sblm tido nak gosok gigi..tak pasan air paip sinki berasap, leka telek muka dan gigi kat cermin..eheh..uhuhu..nasib baik tak kena muka. emmm..aku terima sbgai kenangan la..baru panas donia..erkk....
Malam tu kami jalan2 carik makan ke Bagan Lalang, Sepang. Jauh tapi nasib baik mkn best..sblm balik ke tempat penginapan, Dik Han beria2 ajak ke ICT, Shah Alam. Memula jual mahal, ngantuk.. tapi bila dah smpai.. fuhh nasib baik pegi..kalu tak, nyesal ok.. cantikkk..

gambo ni hasil cilok dr 'seorg pembloger yg tak tegar'.. eheheh tlg jgn saman..

ngan dik han..


smpai kol 3 pagi kat sini baru bertolak balik.. semua dah ngantuk.. tapi kesian anak2 semua dah tido. puas kejutkan tapi tak leh nak buka mata.. tak dpt merayau jauh2 sgt maklumlah anak2 tido dlm kete..sian abg jaga anak sorang2... saya pun tetiba jek ngantuk kembali... nanti sambung citer konvo plak.. eheheh

Monday, May 17, 2010

Happy Teacher's Day...

Selamat Hari Guru buat semua cikgu2 yang pernah mengajar aku dan untuk semua Guru-Guru di Malaysia..

Kebanyakan guru yang pernah mengajar aku, aku masih ingat walaupun dah lama tak jumpa.. Masa sekolah rendah dulu aku paling sayang cikgu Muhaini guru Bahasa Inggeris sekolah rendah aku..Sekolah Rendah (K) Masjid Baru.. tak tau nape aku sayang sgt cikgu ni, mungkin sbb aku minat subject b.i. tapi yang paling aku tak lupa cikgu ni walaupun chubby dia ada lesung pipit dan paling lawa bila senyum...:D
kendian.. Sekolah Men. Keb(A) Sharifah Rodziah..tapi tak lama smpai form 3 jek.. lepas SRP aku ke Sek. Men. Simpabg Bekoh.. dari ilmu2 yang aku perolehi dari sekolah2 ni.. aku berjaya juga masuk UiTM.. Cawangan Manjung, Perak.

Tahun ni kami x Student SMSB (Sek. Men. Simpang Bekoh) di atas inisiatif Si Ain .. dia mencadangkan supaya kami buat collection, dan kebetulan kawan kami ni juga ada kedai kek.. Dia akan buat dan hantar kek ke sekolah sempena hari Guru..Kek 3 tingkat.. Hopefully cikgu2 SMSB semua seronok .. Ni la kek hasil donation kami semua..

Ni layer paling bawah..

tgh2

Ada tulisan ni.. of course la paling atas..

Hari ni sekolah Atirah dan Aiman pun ada sambutan Hari Guru.. Awal2 lagi Atirah dah pesan.. tak perlu bawak beg sekolah tapi nak bawak bekal makanan..Hari ni ada persembahan murid2 dan guru2. siap aku belikan bunga utk guru kelas dia.. suka hati Atirah.. . Aiman plak cikgu dah bg surat suruh pakai baju yang cantik dan kemas.. ehehe.. tak lupa.. mohon bawak makanan ke sekolah.. :D

Dulu masa aku sekolah.. sambutan hari guru yang paling aku suka.. time ni la aku nak tgk cikgu2 buat persembahan.. Masa ni cikgu displin paling garang pun boleh jadik cikgu paling sweet.. ahahah.. paling aku tunggu cikgu2 nyanyi lagu Kami Guru Malaysia..

Kita layan lirik eh..Kami guru Malaysia
Kami Guru Malaysia..
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan...

Lirik ihsan KPM..

Selamat Hari Guru Cikgu.. Terima kasih di atas segala ilmu yang telah diberikan..Walau pun cikgu2 tak dpt baca blog saya.. tapi doa saya sentiasa utk cikgu2 semua..

Our 8th Anniversary..

Happy 8th Anniversary Abg.. Semoga kasih sayang kita berkekalan di dalam peliharaan NYA dan Semoga jodoh ini berkekalan hingga akhir hayat..
Dalam tempoh 8 thn usia perkahwinan, mana rumah tangga yang tak de langsung berselisih pendapat?..tapi syukur kami sentiasa cuba muhasabah diri masing2 dan akhirnya tiada yang berlanjutan..syukur kami dikurniakan anak2 - 2 puteri, 1 putera..yang menjadi penyejuk hati dan pendamai jiwa walau kkdg anak2 ni jugak menjadi pembakar perasaan sehingga emaknya ini mampu mengeluarkan nada pitch yg sgtt tinggi.. ehehe..
So.. Memandangkan semalam hari libur@berhibur maka kami sekeluarga dengan Dik Han yang kebetulan ada di rumah, kami berjalan sehari suntuk .. spent time start from breakfast.. terus pergi tgk wayang.. Kami tgk Iron Man2..sgt berdebar sebenarnya nak bawak Arissa tgk movie for the first time..utk first 1 hour.. Arissa really behave watching the movie smbil mkn popcorn.. kami pun urut dada lega.. tapi.. 45 minutes before the movie end.. dia mula buat perangai.. dia nak berjalan main tangga dlm panggung tu.. mana buleh.. dah la gelap. takut dia jatuh.. aper lagi.. dia menangis skuat2 hati dia tanda protes.. mujur la tgk iron man.. sound sistem bising bingit.. kalu tak mau aku sefamily kena halau kua dr panggung tuh.. eii bertuah punya budak..tak dpt nak concentrate tgk movie..
selepas tgk iron man.. kami lepak @ secret recipe..
pastu hubby ajak p plak pengkalan balak. nak minum2, ingat nak meratah seafood..tak sedap langsung..tak der satu pun kedai yang jual mknn seafood..kalau ada pun satu gerai jek. tu pun ikan bakar yang cuma cencaru, pari, siakap. Udang/ketam/lala/kupang tak der.. kerang plak rebus jek dia kata.. hampeh! Sayang tol..kedudukan kedai bebtul tepi laut..bot nelayan bersidai spanjang pantai.. takkan susah nak dpt bahan mentah kan? konon nak menghabiskan masa beromantika kat tepi pantai.. hapah tak der.. baru nak citer2 kenangan p tepi pantai 8-9 taun lepas.. atirah menjerit ngadu aiman baling pasir.. baru nak sambung citer, ieca dah berguling meramas2 pasir.. ya Rabbi.. adoii la..ahahaha.. tapi, itu la yang membuatkan kami suami isteri sentiasa tersenyum sesama sendiri.. bukan sebab 'memori semalam' tapi apa yang kami lalui masa skrg..
Gambau? ha.. tu lagi satu kisah menyentap perasaan.. sakit ati nih.. kamera sengal ni.. tetiba ilang semua gamba.. camner nak buat nih?..eiii bencik!!

Thursday, May 6, 2010

Happy Mother's Day..

A Friend of mine send me this quote..
"I AM A MOTHER, cook, housekeeper, teacher, nurse, security, coordinator, supervisor, manager, secretary, accountant, nutritionist, caretaker, personal assistant, life coach, bookkeeper, laundry maid and a motivational speaker... I don't get holiday pay, sick pay, or days off... I'm on call 24 hrs a day 7 days a week... Now tell me YOUR job is harder than mine!!..."

Skrg.. bila kita dah ada keluarga sendiri, baru kita paham erti pengorbanan seorang ibu. Dulu masa mak membebel marahkan kita walau pun pasal benda kecil..kita buat dunno jek.. tapi bila difikirkan balik sbnrnya itu lah pengajaran yang paling bermakna supaya kita faham betapa besarnya pengorbanan ibu. Dari mengandungkan, melahirkan..dan membesarkan kita..

Selamat Hari Ibu to my beloved mother.. Pn. Maznah and my beloved mother in law..Pn. Zainab dan pada Nenek yang tersayang.. ibu kepada emak kami dan sentiasa berperanan sebagai ibu kami juga.. dari kecik smpai skrg nenek mmg tinggal ngan kami..
Thank you for all the kindness..understanding..for the love and everything..Semoga sentiasa sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki ..dilindungi oleh-NYA ..tak terbalas jasa emak pd kami adik-beradik..Sehingga akhir nyawa kami akan kenang..Semoga Yang Maha ESA melindungi perasaan kami untuk sentiasa menyayangi, melindungi, menghormati dan Ya Allah..Janganlah kau alihkan perhatian kami dari Ibu kami.. Aminnn..

Wednesday, May 5, 2010

I can Feel the Pain ..too

My Dear..

I hope everything is alright
that you can keep up the fight
you are gonna get through this bad time
in the end.. everything's gonna be just fine
because you won't have to face this on your own
we are here for you... and
y0u will never be alone..

********