Wednesday, August 25, 2010

Iftar @ Holiday Inn, Melaka

Sekejap jek dah setengah bulan umat Islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah sehingga hari ni Atirah belum ada ponteng puasa lagi. Mudah-mudahan dia dapat puasa penuh tahun ni. Tahun lepas dia ponteng sehari sebab demam. Aeyman setakat ni hanya berjaya setengah hari.. Tak pe la.. yang penting dia ada usaha nak puasa jugak..semalam abg bawa kami sekeluarga berbuka puasa di sini...

Subhanallah.. cantikkan pemandangan..nampak la Eyes of Malaysia yg dah terhenti operasinya tuh..
budak2 ni kejarkan eskrem ngan cake jek.. nasik dan segala mcm jamah ala kadar jek..
ha..ieca pun beria menyuap pencuci mulut.. :D
aku mkn ni jek..tak caya? eh..betul la.. *wink.. ahahahah

Gambo makanan yang lain tak sempat tangkap.. sebenarnya malu pasal aku sorang jek beria amik gambo mknn.. nampak sgt jakun..ahahah. Lepas makan, kami jalan2 ke jeti.. Berjalan dgn perut penuh memang rasa mengah.. nak kejar Arissa lagi..
'Chinta' hati saya...

Lepas jalan2 dan kepenatan, kami terus balik rumah.. Esok anak2 nak sekolah, mak apak nak kerja lagi...

Tuesday, August 24, 2010

Bahana Nur Kasih..

Aku mengantuk ni.. sgt2 mengantuk.. aku tgh cuba melawan rasa mengantuk ni.. ummm..Ni semua bahana Nur Kasih..Lepas sahur kol 4.30am tu mmg tak boleh lelap la..Mesti nak tgk Nur Kasih. Aku cuba elak tapi tak buleh..teralun2 kat telinga ni lagu tema dia.. Nur.. ya Nur Kasihh...eheheh..Citer ni mmg dah byk kali ulang kat tv pun.. tapi sepanjang bulan pose ni dia ulang tayang jam 5.00 pagi @tv3. Setiap hari ni la keje aku.. tak jemu2 tgk Nur Kasih ni..
Tak sabar nak tunggu Filem Nur Kasih..Bila eh nak kua filem nih?..Tak saba nak tgk remy ngan tizz...

Wednesday, August 18, 2010

Majlis Berbuka Puasa di Opis..

Alhamdulillah.. dah masuk 8 hari umat Islam berpuasa. Semalam kami sepejabat mengadakan bacaan Yassin, sembahyang maghrib dan berbuka puasa bersama. Aku dipahamkan acara ni mmg setiap tahun dibuat...

antara menu kami semalam:

Nasi putih
Ayam masak merah
Ikan sepat + nenas
sayo campur
ulam2
sambal belacan
buah2
air oren,
teh susu, teh O
laksa johor
satey (bos 'ter'belanja) *hikhik
murtabak singapore

Gambo makanan yang disusun cantik sebelum diserbu terlupa nak amik..eheh..

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan. Makanan pun byk berlebih, jadi sebelum balik acara wajib ialah tapau makanan utk keluarga di rumah.. eheh..bekal utk sahur jugak (sape suh dia tak bg bawak pasangan kan?)..