Monday, July 26, 2010

I'm HaPPy..:-D

Alhamdulillah.. syukur..
Akhirnya yang dicita dapat jugak.. ehehe.. seronok? eii giler kalu kata aku tak happy.. senyum smpai tak cukup pipi..lalalalaaa... so.. salah satu wishlist aku dah tercapai.. Taraaaaaaaaaaa...

Mekasih abg sbb 'merealisasikan' hajat saya.. :D

Friday, July 23, 2010

Putih Suci ..

Oohh.. sucinya background blog ni kan? putih jek gitu.. ni semua pasal 'arahan' suh tuka background ni la.. saya yg menurut perintah.. nasib baik ada it engineer tolong carikkan background cun nih.. ehhee.. huh! pepagi update blog.. dah.. keje.. keje..

Thursday, July 22, 2010

Hari Sukan TBC

Macam biasa setiap tahun, Tadika Aiman (Tadika Bijak Cemerlang) akan menganjurkan hari Sukaneka.. So tahun ni pun sama .. kelakarnya, kami sefamily kesiangan.. 7.30 baru tersedar..pukul 8 aturcara bermula..aper lagi.. berdesup semua bersiap.. ahahaha.
Majlis dimulakan dengan nyanyian negaraku & perarakan kanak2.. bertabur semua..

Sukan kali ni naper tah ramai budak menangis.. berjangkit2 menangis.. tgk adik sblh aiman.. menangis, nangis jugak.. tapi tetap nyanyi Negaraku.. Aiman dah menangis masa register lagi.. eheh..
with Mak Yang..
tgh dgr arahan dari pengadil.. Yang pakai tudung hijau dan baju hijau tu Pn. Salwana..previous owner tbc ni..
Time ni yg paling syok.. jumpa kengkawan.. gossip sambil mkn bekalan.. ehheeh..

Yey!.. Aiman menang jugak.. dia dpt tempat pertama (berpasukan) untuk acara Masukkan air dlm botol guna span dan lari berpasangan dlm 1 kain.. tempat kedua dia menang untuk bawa bola pingpong dlm sudu.. jadi lah.. seronok2 bebudak..
Mungkin ini tahun terakhir aiman kat tadika ni sbb kami plan nak tukarkan school dia.. Pn. Salwana tuan empunya taska ni dah jual nursery dia pada orang lain yg mana timbul beberapa kes sehingga ramai parents sangat2 tak puas hati dengan new owner.. ramai yang dah tukarkan anak2 mereka ke nursery lain.. walaupun aku dah buat 'press conference' ngan owner baru ni, tapi masih ada yg aku tak puas hati dan aku pun malas nak panjang2kan kes..so the best way.. kami carik nursery lain.. mudah-mudahan nursery baru akan lebih baik dari sekarang.. Mungkin tahun depan kot..

Thursday, July 15, 2010

Dulu..boleh la ala2 GeLiGa..skrg?..JeLaGa!..

Hari ni aku nak buat pengakuan 'BeraNi mati'..tak der tujuan riak apatah lagi nak beritau seluruh dunia aku mmg bodoh.. tapi post ni hanya sebagai satu tanda kenangan dan jugak peringatan utk diri aku sendiri..
Tak tau la nak gelak ke nak nangis skrg nih.. Huh!.. aku fail salah 1 dari 3 paper yang aku amik utk syarat pengesahan.. Eiii.. bodohkan? org lain boleh jek lulus..ada jugak yg fail tapi tak ramai la.. aku sgt down giler.. belajar dulu tak pernah skali pun aku kena repeat paper.. tetiba peksa ni kena repeat.. uhuahahaha.. nampak sgt byk urat aku dah putus.. nak menghafal dan mengingat tu dah kureng.. sedeyy mak tau.. Tu ler.. org lain p induksi dlu baru amik peksa.. aku konon nak ikut org..terbalik.. amik peksa sblm p induksi.. tak pe la kan? amik le lagi skli.. uwaaaaaaaaa...

Wednesday, July 14, 2010

Cuti Kecemasan..

Aku cuti kecemasan ari ni.. Arissa demam.. badan dia panas sgt..Sgt tak smpai hati nak tinggalkan dia kat nursery. Dia nampaknya sangat happy duk kat umah, mana taknya 'bekal' ada sebelah..kejap2 mintak.. langsung tak nak botol.. siannya anak mama.. Demam dia tak kebah lagi smpai ke malam..Mesti esok aku sedih nak p keje.. Time ni aku terfikir..alangkah baiknya kalau aku tak payah keje.. duk umah jaga anak2 jek.. hummm..

Tuesday, July 13, 2010

Bila 'DIA' mahu MeMberi..

Alhamdulillah..
Bila tiba waktu Allah hendak memberi....
Pagi tadi waktu tgh breakfast dpt call..."Pn.. ari tu (taun lepas sbnrnya) ada interview kan? Jawatan ***? Sila lapor diri yer 22hb ni di Putrajaya...bla..bla.."
Aku?.. speechless... Sempat lagi pakcik ni bebel kat aku pasal aku tak collect surat pos laju kat pejabat pos.. aku mana tau.. Lupe..
yg pastinya malam ni akan ada perbincangan/muzakharah tergempar bersama hubby.. Take it or leave it? Byk betul pro & cont..Semoga Allah memberikan petunjuk.. Amin..

Monday, July 5, 2010

Yang Tersirat Di Sebalik Tersurat

Selalu sangat kita terkeliru pada sesuatu pandangan. Sekali pandang mungkin ingat aku nak tunjuk air sirap yg nampak sedap & sejuk ni.. eh, bukan juga kertas perangkap lalat tepi tu.. tapi sebenarnya aku nak tunjuk gambo adik lelaki aku kat tepi tu.. nampak tak? susah betul nak amik gambo dia.. yer la. org dah bujang, tak rock la asik amik gambo.. hehehe..
Sama juga la dengan hidup kita nih.. Kadang2 apa yang kita harapkan tak semudah yang kita sangkakan.. Waktu2 begini aku selalu terfikir, samakah pandangan aku dengan org lain?. Dapat tak org lain memahami niat/tujuan aku atas sesuatu perkara. Selalu kita tersalah tafsir akan pandangan org dan juga pendapat kita. Cuma aku harapkan bila perkara-perkara ini berlaku, tidak perlu ada jurang atau kecil hati. Aku selalu berdoa semoga ikatan kasih sayang antara kami sekeluarga & adik-beradik tidak akan hilang sampai bila2. Aku berdoa agar hidup kami tidak berlandaskan pada harta atau apa2 perjanjian duniawi. Hidup ini perlu didewasakan dengan pengalaman hidup org lain sebagai pengajaran..
Aku berdoa hati kami akan sentiasa ada ikatan kasih sayang antara satu sama lain sehingga akhir hayat.. Moga-moga adik2 aku tak lupa pada aku walau pun aku sudah tiada.. Moga2 dengan ingatan tu aku akan 'dikirimkan' fatihah atau sekurang2nya doa utk aku...Siapa tahu.. maklum sahaja, hidup ini bukan menongkah langit.. kan?..
Macam nenek ngan tuk cik..aku boleh rasakan kasih sayang antara mereka bila diorg berbual..walau dah tua2 ni.. Tiba2 aku rindu pd zaman kanak2 kami .. Tiba2 aku terasa emo plak.. mcm dah lama tak jumpa padahal smlm baru adik2 aku, esp. yg si bujang tu dtg umah.. Sesungguhnya aku juga punya banyak kelemahan... :-D