Tuesday, September 29, 2009

Mood Raya..

Selamat Hari Raya.. Masih dalam mood berhari raya. Malas tul nak keje..lagi pun ni minggu last keje sini.. Alhamdulillah puasa penuh tahun nih, jadik harus mood raya mesti cukup la smpai 30 hari kan?..ehehe.
Tahun ni raya tak bape best sbb 'orange'ku ada problem. Pagi raya Hubby nak start enjin nak p semayang raya tak boleh start. Aduishh di pagi hari raya dah diduga. sabar jek la. Beli bateri baru pun tak buleh, nak carik pomen pun tarak..yg geram sgt tu.. pomen cino pun sibuk cuti beraya..eh.. 1 Malaysia kan? ha.. aper lagi.. duk umah ngan baju baru, muka dah cemberut. makannn dan makan dan makan demi nak menghilangkan duka di hati. Hubby main mercun sorang2. Anak2 kami arahkan ikut mak ngah ngan pak ngah beraya (kes tak mo anak kurang duit raya) eheh.. Plan awal nak balik Pahang raya ke2 petang mmg giliran setiap taun begitu.. raya ke2 mesti pulang ke kampung satu lagi. Raya ke2 petang baru Hubby dpt carik pomen.. dia confirm computer box problem. Aduih..mana service center ada bukak raya ke2.. tunggu la.. dah marah lagi..Tawakal jek, raya ke 3 pagi kami bertolak balik ke Pahang. Syukur Alhamdulillah segalanya dipermudahkan, perjalanan kami dilindungi Allah. Raya ke4 baru dpt p pusat servis, dipendekkan citer skrg 'orange'ku dah ok.. Rupanya 'orange'ku juga teringin nk duit raya..

Wednesday, September 9, 2009

AlHamduLillah!..Berkat Ramadhan

Syukur Alhamdulillah..
Akhirnya hajat dan doa aku dimakbulkan Allah sempena bulan Ramadhan ini. Rezeki anak2 dan berkat doa org2 tersayang (mr. hubby, ahli keluarga, adik-beradik) juga. Jangan salah paham.. bukan naik pangkat, bukan naik gaji, bukan dpt bonus, bukan dpt duit kutu, bukan duit terpijak..erkk berasaskan duit jek, nampak sgt materialistik eheh. Bulan depan aku akan berhijrah tempat kerja. Sayangnya nak tinggalkan tempat kerja skrg. Almost 10 yrs++ aku kerja sini. Lebih lama dr usia perkahwinan aku. Macam2 pengalaman, pahit manis..akhirnya this is the time for me to move on..berhijrah ke fasa@dunia baru..One thing for sure, I'll miss this place. Segalanya bermula di sini la.. cewah..Lagi pun pd aku peluang yg baik tidak akan dtg byk kali..
Lepas ni, smpai gaji bulan ke3 pun aku tak abis2 kena buat open table.. maklum lah.. dah ramai tuntut 'nazar'. Nazar yg mereka2 tetapkan sendiri..tapi tak per..yang penting berkongsi kegembiraan..berkat doa2 mereka ni juga.. Mudah-mudahan segalanya akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.. Aminn..

Thursday, September 3, 2009

Aktiviti Hari Cuti..Main Pondok-Pondok ke?

Bukan main pondok2 ler.. Projek Ngacau Dodol..Cuti Merdeka ari tu kami adik-beradik pakat nak buat projek dodol. Memandangkan tenaga buruh yang tak ramai, kami buat skit jek. Tak byk pun kami buat, cukup2 utk kami jek, adalah dlm 3 kampet. Suspen sungguh pasal mmg tak pernah buat dan setakat nak harapkan kudrat kami adik-beradik termasuk 2 org menantu lelaki mak ni..terpk..boleh ke? Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan dan tercapai la hajat nak buat sendiri dodol.. dpt la merasa 'kelamai cair'..org kampung kami panggil dodol cair ni 'kelamai'.. perghh sedap tull.. nasib pose.. buka pose jek.. itu yg dicapai dulu.. eheh..

Proses Pertama.. 'Sifu' (nenek aku) memulakan upacara..



Mak interprem skli.. Model2 kecik dodol tu tak mandi lagi..ehehe

'Kelamai'.. perghh!..

Dah pekat..

Jangan terpedaya.. dia ni kejap jek tlg 'kayuh'..yg penting gaya mesti ada..eheh

3 'org kuat' sepanjang proses mengacau dodol..ehehe..


Traditional equipment yg digunakan utk proses meleraikan dodol dari pengaco dodol..unik kan? pakai pelepah pisang..Biasanya org letak dlm bekas mengkuang..org kampung aku panggil menda tu 'topong'..reti sebut tak?.. THOPONG..sebut cara org negori yer..i org kampung..eehhee..tapi menda tu takder, nak cepat simpan dlm daun pisang ngan bekas plastik jek..



Tara.. Hasil utk hari tu..

Paling penting buat dodol ni ialah masa dah nak last tu..kena kacau kuat sbb takut nanti berkerak. Berpeluh2 la adik aku..somi tersayang dan en. madir ngaco dodol.According to my Hubby..Kalau org2 lama ni..diorg nak buat smpai dodol ni jadik bola.. bulat.. boleh lambung2 dr kawah. Tapi kami tak der la smpai gitu skli pasal tgk masing2 dah letih sgt..Mmg rasa seronok sangat hari tu..time ni la kumpul adik beradik.. ipar duai..ketawa2 dan naik angin jugak.. pasal bbdak kenit tak reti diam..takut masuk kawah jek..Dik Han tak der..bukan sbb dia tido ok..dia buat popia mini kat atas umah..Intinya aku dah siapkan..jadi, dia la tlg simpul.eheh..Moral of d story utk hari tu ialah..Apa Yang Penting?..KerJasaMa..(wonderpet!) yey..