Monday, May 17, 2010

Happy Teacher's Day...

Selamat Hari Guru buat semua cikgu2 yang pernah mengajar aku dan untuk semua Guru-Guru di Malaysia..

Kebanyakan guru yang pernah mengajar aku, aku masih ingat walaupun dah lama tak jumpa.. Masa sekolah rendah dulu aku paling sayang cikgu Muhaini guru Bahasa Inggeris sekolah rendah aku..Sekolah Rendah (K) Masjid Baru.. tak tau nape aku sayang sgt cikgu ni, mungkin sbb aku minat subject b.i. tapi yang paling aku tak lupa cikgu ni walaupun chubby dia ada lesung pipit dan paling lawa bila senyum...:D
kendian.. Sekolah Men. Keb(A) Sharifah Rodziah..tapi tak lama smpai form 3 jek.. lepas SRP aku ke Sek. Men. Simpabg Bekoh.. dari ilmu2 yang aku perolehi dari sekolah2 ni.. aku berjaya juga masuk UiTM.. Cawangan Manjung, Perak.

Tahun ni kami x Student SMSB (Sek. Men. Simpang Bekoh) di atas inisiatif Si Ain .. dia mencadangkan supaya kami buat collection, dan kebetulan kawan kami ni juga ada kedai kek.. Dia akan buat dan hantar kek ke sekolah sempena hari Guru..Kek 3 tingkat.. Hopefully cikgu2 SMSB semua seronok .. Ni la kek hasil donation kami semua..

Ni layer paling bawah..

tgh2

Ada tulisan ni.. of course la paling atas..

Hari ni sekolah Atirah dan Aiman pun ada sambutan Hari Guru.. Awal2 lagi Atirah dah pesan.. tak perlu bawak beg sekolah tapi nak bawak bekal makanan..Hari ni ada persembahan murid2 dan guru2. siap aku belikan bunga utk guru kelas dia.. suka hati Atirah.. . Aiman plak cikgu dah bg surat suruh pakai baju yang cantik dan kemas.. ehehe.. tak lupa.. mohon bawak makanan ke sekolah.. :D

Dulu masa aku sekolah.. sambutan hari guru yang paling aku suka.. time ni la aku nak tgk cikgu2 buat persembahan.. Masa ni cikgu displin paling garang pun boleh jadik cikgu paling sweet.. ahahah.. paling aku tunggu cikgu2 nyanyi lagu Kami Guru Malaysia..

Kita layan lirik eh..Kami guru Malaysia
Kami Guru Malaysia..
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan...

Lirik ihsan KPM..

Selamat Hari Guru Cikgu.. Terima kasih di atas segala ilmu yang telah diberikan..Walau pun cikgu2 tak dpt baca blog saya.. tapi doa saya sentiasa utk cikgu2 semua..

No comments:

Post a Comment