Thursday, December 9, 2010

Masih berposkod Kedah

Betul la kot bumi Langkawi ni masih kuat sumpahannya. Korang percaya tak?..

Sumpahan Mahsuri dulu, yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk Pulau Langkawi untuk tidak tenteram ibarat padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan .. cuma bezanya skrg, sumpahan tersebut telah berakhir, yang agak-agak boleh dipercayai ayat mula2 jek iaitu.. bumi Langkawi tidak akan aman/tenteram..sebabnya.. skrg dah jadik bz menampung kehadiran pelancong2 yg terkena sumpahan shopping macam aku nih.. ahahahaha...
Ni kali kedua aku dtg ke Langkawi setelah kunjungan pertama 6 tahun lepas.. secara jujurnya mmg seronok datang Langkawi ni lebih2 lagi kalau ada duit utk 'dizakatkan' ke Idaman Suri / Haji Ismail group.. ahahah..
Kali ni kami lepaskan hajat untuk ke Gunung Mat Cincang.. nak naik kabel car.. dulu dtg, kabel car tutup utk penyelenggaraan..

anak2 dlm cable car..

ya Allah.. serius korang.. mak serammmmmmmm..

ni la 'alat' yang 'membantu' cabel car bergerak.. huhhuu
Sampai2 kat atas..aku ketaq lutut..siries..aku jakun/gayat tempat tinggi.. duduk dulu baru boleh nak bangun..utk makluman korang yang tak pernah p, diorg tak benarkan kita bawa makanan/air naik ke atas dan aku yang ada ramai anak ni, kaber line masukkan semua minuman dan makanan dalam beg..bukan aper, makanan dan minuman kat atas nun mahal skit. maklumla...air dan makanan tu semua pun naik cabel car nak sampai..jadik logik la kalu mahal. ngehugeh..
bangga tu bg tau dah smpai ..705 meter above sea level.. :D

yang paling pelik, budak ni sorang tak tau takut.. boleh dia guling2 kat tepiii pelantar tuh.. adeihhh kecut perut.. letih berlari kat atas ni mengejar si kecik nih.. haippp...

@oriental village..

idaman suri.. ehehe.. tepat skli nama yang dipilih.. aku dpt rembat wokpan siap utk mengukus... lalalala..
dah nak balik pun.. insya-Allah ada rezeki, dtg lagi..kan aku dah kata aku terkena sumpahan mahsuri..ehehe..tak byk pun shopping. bajet ciput..cuma dpt la beli ole2 skit utk kawan2, mak ngan adik beradik..coklat la yg banyaknya pun.. tak tau naper.. asal p langkawi jek DAIM jadik pilihan padahal melambak kat jusco melaka.. ehehehe..

No comments:

Post a Comment