Monday, July 5, 2010

Yang Tersirat Di Sebalik Tersurat

Selalu sangat kita terkeliru pada sesuatu pandangan. Sekali pandang mungkin ingat aku nak tunjuk air sirap yg nampak sedap & sejuk ni.. eh, bukan juga kertas perangkap lalat tepi tu.. tapi sebenarnya aku nak tunjuk gambo adik lelaki aku kat tepi tu.. nampak tak? susah betul nak amik gambo dia.. yer la. org dah bujang, tak rock la asik amik gambo.. hehehe..
Sama juga la dengan hidup kita nih.. Kadang2 apa yang kita harapkan tak semudah yang kita sangkakan.. Waktu2 begini aku selalu terfikir, samakah pandangan aku dengan org lain?. Dapat tak org lain memahami niat/tujuan aku atas sesuatu perkara. Selalu kita tersalah tafsir akan pandangan org dan juga pendapat kita. Cuma aku harapkan bila perkara-perkara ini berlaku, tidak perlu ada jurang atau kecil hati. Aku selalu berdoa semoga ikatan kasih sayang antara kami sekeluarga & adik-beradik tidak akan hilang sampai bila2. Aku berdoa agar hidup kami tidak berlandaskan pada harta atau apa2 perjanjian duniawi. Hidup ini perlu didewasakan dengan pengalaman hidup org lain sebagai pengajaran..
Aku berdoa hati kami akan sentiasa ada ikatan kasih sayang antara satu sama lain sehingga akhir hayat.. Moga-moga adik2 aku tak lupa pada aku walau pun aku sudah tiada.. Moga2 dengan ingatan tu aku akan 'dikirimkan' fatihah atau sekurang2nya doa utk aku...Siapa tahu.. maklum sahaja, hidup ini bukan menongkah langit.. kan?..
Macam nenek ngan tuk cik..aku boleh rasakan kasih sayang antara mereka bila diorg berbual..walau dah tua2 ni.. Tiba2 aku rindu pd zaman kanak2 kami .. Tiba2 aku terasa emo plak.. mcm dah lama tak jumpa padahal smlm baru adik2 aku, esp. yg si bujang tu dtg umah.. Sesungguhnya aku juga punya banyak kelemahan... :-D

No comments:

Post a Comment