Thursday, January 7, 2010

Tak Puas Hati? Lu Pikir Lah Sendiri..

Tangguh dulu eh bab update blog 'KL part 2 dan seterusnya'.. eheh..ada berita lebih hangat utk ditulis yang lebih penting dr berita terkini yang lain..

Akhirnya nasib Setiausaha di'bela' jua. Isu Pelarasan Skim PA (Pembantu Tadbir Kesetiausahaan)dengan bahasa mudahnya Seketeri menjadi isu hangat.. betul la kata adik akuh.. lebih hangat dari segmen Terjah abg rambut ketak@nas ahmad tu. Mana taknya berbalas-balas kenyataan dalam akhbar. Kalah isu minyak naik harga..

Pelik betul kenapa isu ni disibuk-sibuk dan dihangatkan oleh mereka2 yang tak puas hati sehingga memberi kenyataan bodoh .. Setiausaha tugasnya cuma 'jaga diari bos & pembancuh kopi sahaja' (Sori eh.. bos aku minum nescafe 3 in 1), kenapa perlu ada kenaikan khas.. Singkatnya pemikiran! Hello.. org yg ko kata tukang 'jaga diari bos & pembancuh kopi' ni ada diploma ok.. 2-3tahun menghadap course tu.. ingt senang? Diploma yang kami dpt ni..dari IPTA (dari uitm/politeknik) yang diiktiraf oleh kerajaan. Boleh tak cuba menghormati perasaan dan tugas orang lain?. Kita bukan buat keje setakat hal ehwal pejabat sahaja.. segala macam 'tuk nenek' luar dari hal kerja yang diarahkan pun kena buat jugak. Bukan setakat Boss.. yang bukan BOSS pun perasan nak ada PA.. pun mengarah jugak.. bOleh kita ckp.. eii aku bukan report duty ngan ko. Aku PA '*%^&$-' boleh?. Buat jek kan? Kalu bos marah orang atau orang2 marah bos?.. kita jugak org pertama yg tadah telinga..Pernah org nak amik tau?

Sori la.. emo skit. Mungkin tak semua berfikiran macam tu. Ada yang sangat terbuka dengan isu ini. Cuma pada yang sempit pemikiran ni, aku nak ckp..Rezeki masing2 telah ditetapkan oleh NYA..Aku percaya ada juga kerani yg ada diploma/degree tapi..bak kata Pn. Izan, kalau dah tau tak puas ati.. naper apply jadi kerani dulu? ..kalu ckp nanti kecik ati.. Lu pikirlah sendiri ha..

No comments:

Post a Comment