Monday, January 4, 2010

Orientation Day ...31st December 2009

Salam 2010!. Lama tak update blog tetiba tahun dah bertukar. Sekejap betul masa berlalu. Pejam celik Atirah dah 7 tahun..Hari ni (4/1/2010) hari pertama Atirah masuk darjah 1. Tapi nak citer pasal hari orentasi dia memandangkan hari ni tak amik pun gambar sbb dah terlambat.ahaha.. Nasib baik aku amik cuti.. jadi tak perlu terkejar ke ofis pulak. Sampai jek dah dengar announcement utk berkumpul di tempat perhimpunan tapi..mak aii penuhh..parents lagi ramai dari student.
So, on 31/12/2009 adalah hari orentasi utk student standard 1. Excited betul rasa cam nak hantar anak ke Universiti. Gamaknya camni la perasaan mak ayah aku dulu kot. Atirah sgt cool dan relex compared to me yg asik tinjau dia kat tingkap sampai dia suh aku balik.. ahahah..
Dulu, masa aku la.. takut tol nak masuk sekolah masa hari pertama. Cikgu tanya nama pun tak kua suara nak menjawab. Tapi skrg mungkin disebabkan pendedahan awal kanak-kanak yang dah ke nursery jadi diorg lebih bersedia dan berani. Layan gambo atirah..hari pertama ke sekolah mmg putih berseri.. masuk hari kedua.. dah kepam..ehehe





Selamat menjalani alam persekolahan..Semoga Atirah menjadi manusia yang berjaya dan diberkati di dunia dan akhirat.. Amin..

No comments:

Post a Comment