Thursday, September 3, 2009

Aktiviti Hari Cuti..Main Pondok-Pondok ke?

Bukan main pondok2 ler.. Projek Ngacau Dodol..Cuti Merdeka ari tu kami adik-beradik pakat nak buat projek dodol. Memandangkan tenaga buruh yang tak ramai, kami buat skit jek. Tak byk pun kami buat, cukup2 utk kami jek, adalah dlm 3 kampet. Suspen sungguh pasal mmg tak pernah buat dan setakat nak harapkan kudrat kami adik-beradik termasuk 2 org menantu lelaki mak ni..terpk..boleh ke? Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan dan tercapai la hajat nak buat sendiri dodol.. dpt la merasa 'kelamai cair'..org kampung kami panggil dodol cair ni 'kelamai'.. perghh sedap tull.. nasib pose.. buka pose jek.. itu yg dicapai dulu.. eheh..

Proses Pertama.. 'Sifu' (nenek aku) memulakan upacara..



Mak interprem skli.. Model2 kecik dodol tu tak mandi lagi..ehehe

'Kelamai'.. perghh!..

Dah pekat..

Jangan terpedaya.. dia ni kejap jek tlg 'kayuh'..yg penting gaya mesti ada..eheh

3 'org kuat' sepanjang proses mengacau dodol..ehehe..


Traditional equipment yg digunakan utk proses meleraikan dodol dari pengaco dodol..unik kan? pakai pelepah pisang..Biasanya org letak dlm bekas mengkuang..org kampung aku panggil menda tu 'topong'..reti sebut tak?.. THOPONG..sebut cara org negori yer..i org kampung..eehhee..tapi menda tu takder, nak cepat simpan dlm daun pisang ngan bekas plastik jek..



Tara.. Hasil utk hari tu..

Paling penting buat dodol ni ialah masa dah nak last tu..kena kacau kuat sbb takut nanti berkerak. Berpeluh2 la adik aku..somi tersayang dan en. madir ngaco dodol.According to my Hubby..Kalau org2 lama ni..diorg nak buat smpai dodol ni jadik bola.. bulat.. boleh lambung2 dr kawah. Tapi kami tak der la smpai gitu skli pasal tgk masing2 dah letih sgt..Mmg rasa seronok sangat hari tu..time ni la kumpul adik beradik.. ipar duai..ketawa2 dan naik angin jugak.. pasal bbdak kenit tak reti diam..takut masuk kawah jek..Dik Han tak der..bukan sbb dia tido ok..dia buat popia mini kat atas umah..Intinya aku dah siapkan..jadi, dia la tlg simpul.eheh..Moral of d story utk hari tu ialah..Apa Yang Penting?..KerJasaMa..(wonderpet!) yey..

3 comments:

  1. uikss...kaklong muka kaklong tak enteprem sekali ker???

    ReplyDelete
  2. izan.. bz amik gambo org..lagi pun i kan pemalu..eehhe

    ReplyDelete
  3. alahhh... best nyer kelemai tuh...seingat aku, masak aku baya budak2 kenit tu aje merasa kenikmatan buat dodol....

    If nak buat skrg pun..camna, resepi dodl pun tak sempat nak amik dari arwah wan aku... :(

    ReplyDelete