Monday, October 11, 2010

10.10.10

Alhamdulillah.. bertambah setahun lagi usia saya, diberi nikmat dan kesempatan oleh Allah untuk terus bernafas dan berbakti (Insya-Allah). Gila2 orang berebut nak kawen, tunang, nak bersalin pada 10.10.10. Tapi saya tak yah cop2, mmg 10.10.10 tarikh utk saya.. ehehe..semalam hari lahir saya yg ke 33 tahun. oo.. saya tak berahsia pasal umur (buat masa ni, mungkin sbb wrinkle tak ketara gik..ehehee) Lagi pun.. saya bukan artis .. ahahah

Smlm adik2 saya ajak ke Muar.. kata angah, nk tunaikan janji kat aqeef yg nak bawak moto dia ke sana main2. Sblm tiba ke dataran, kami singgah dlu mkn Martabak Singapore kat Muar.. sedap wei.. Tiba dekat dataran dah dekat2 kol 6ptg.. anak2 aku yg tak der motor ni aper lagi merembat la kete mainan sorang sebijik..Arissa naik kereta mainan yg papa dia kontrol dgn remote.. RM6.00 utk 15 minit.. tapi aiman selamba mendapatkan masa2 tambahan utk diri sendiri.. bengang org yg jaga kete mainan tuh.. ahahah

Harus saya akui semalam saya sgt seronok.. dari Martabak singapore, nasik lemak, sate, siap ada kek rahsia gik, semuanya fully sponsored by adik2 (termasuk adik ipa saya yg sorang tu), mak & nenek.. Kawan2 saya pun tak kedekut menghadiahkan ucapan, dan mendoakan kesejahteraan dan murah rezeki saya..Terima kasih semua atas budi baik semoga Allah murahkan rezeki semuanya..

My dear hubby? tahun ni dia beri saya 'produk menambah kecantikan wajah'.. ahahah..tak perlu la saya ceritakan lebih lanjut.. tak sangka suami saya sgt prihatin dengan kehendak saya walaupun pada mulanya saya pk dia tak perasan saya 'hint' teringin nak beli.. tapi adik2 saya kata suami saya belikan saya 'menda' tu sbb suami saya perasan saya mmg takkan cantik tanpa 'menda' tuh.. alah.. saya tak hairan kata2 nista mcm tuh.. kalau dah jeles mmg ayat2 begitu akan keluar la.. lagi pun saya tahu apa jadik saya tetap cantik di mata suami saya.. tolong jgn muntah darah.. ahahahh

Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri..2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Tak habis lagi citer raya yer?. pose hampir sebulan.. makanya, raya harus jugak hampir sebulan.. ehehe. Tahun ni giliran umah hubby dulu baru umah mak aku. Ingatkan puasa dapat nak kurangkan lemak2 berlebihan tapi rupanya raya ni menambah sekali ganda lagi. Dah asik makan jek, tambah plak minum air gas. Fuh.. Tahun ni konon2nya tema kaler raya kaler coklat..rupanya ramai plak ipa duai pun kaler coklat.. sama plak ngan kaler langsir mak mentua aku.. ceh.. tak aman nak glamer dari org lain.. ahahahah


anak dara kenit mama ni tak sampai setengah jam pun pakai tudung.. tgk kakak pakai.. dia pun nak pakai..
Takde gambo bersalam bagai.. masing2 tak mo publish muka buruk sedih..eheh. Balik ke Nyalas raya ke 2. Sampai pun dah lewat, maka hari raya ke 3 kami p umah sedara belah nenek plak..


Lepas 'cuit'2 kuih raya, budak2 ni ilang ke laman. Rupa2nya diorg kejekan moto ni.. mujo tak rebah..

Raya tahun ni sebenarnya sama jek ngan taun2 lepas.. Aktiviti tak berubah.. berjalan ke rumah saudara mara, balik umah.. tunggu org datang plak..Dah penat, tertido dpn tb ngan balang kuih raya kat ujung pala..eheh..
Yang tak bestnya cuma plan nak jumpa kawan2 lama tak jadi atas sebab masa sgt pack memandangkan family in law aku pun balik ke melaka beraya..semua tido kat umah jadi takkan nak tinggalkan tamu ikut konvoi kawan2 plak kan? tak der rezeki.. maybe next time.. Insya-Allah..

Thursday, September 9, 2010

Menjelang Aidilfitri...

Esok Hari Raya.. Raya.. yey!!..ehehe

Kepada semua yang mengenali.. saya & keluarga ingin memohon ampun dan maaf di atas salah silap, mohon halalkan makan minum dan semoga Aidilfitri kali ini akan membawa keberkatan kepada kita semua..

Jgn tak percaya.. aku terpaksa gagah jugak dtg ke opis pagi ni. Sangat menyentuh perasaan okey.. jalan raya ke opis sgt 'clear', parking lot kosong..tak nampak kelibat org pun dlm kawasan kampus ni.. pergh.. haru ok. Tak pe..petang ni kami akan bertolak balik ke Pahang, raya ke2 Insya-Allah bertolak balik ke Melaka..Aku akan cuti seminggu straight lepas raya pastu baru naik keje minggu dpn nye.. :D Malam tadi dah siap2 packing baju, kuih raya nak bawak balik untuk mak ngan mak mentua pun dah asingkan..eheheh..begitu berkobar nak raya.. tido malam tadi sgt nyenyak sampai terlepas sahur.. ahahha.. sori abg.. sori atirah.. mama tak sengaja.. eheh.. malam tadi mama tido lambat pasal nak siapkan jait manik kat baju anak2 yer..

Jap lagi nak terai 'kecek' kat bos nk balik awal..semoga perjalanan pergi dan balik dipermudahkan dan dilindungi oleh Allah.. begitu jugak dgn kawan2 semua.. semoga semua selamat di dalam perjalanan..Aminnn


* kecek... sama ertinya..mintak/memujuk rayu secara baik budi tapi tak sampai membodek.. ahahah

Wednesday, August 25, 2010

Iftar @ Holiday Inn, Melaka

Sekejap jek dah setengah bulan umat Islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah sehingga hari ni Atirah belum ada ponteng puasa lagi. Mudah-mudahan dia dapat puasa penuh tahun ni. Tahun lepas dia ponteng sehari sebab demam. Aeyman setakat ni hanya berjaya setengah hari.. Tak pe la.. yang penting dia ada usaha nak puasa jugak..semalam abg bawa kami sekeluarga berbuka puasa di sini...

Subhanallah.. cantikkan pemandangan..nampak la Eyes of Malaysia yg dah terhenti operasinya tuh..
budak2 ni kejarkan eskrem ngan cake jek.. nasik dan segala mcm jamah ala kadar jek..
ha..ieca pun beria menyuap pencuci mulut.. :D
aku mkn ni jek..tak caya? eh..betul la.. *wink.. ahahahah

Gambo makanan yang lain tak sempat tangkap.. sebenarnya malu pasal aku sorang jek beria amik gambo mknn.. nampak sgt jakun..ahahah. Lepas makan, kami jalan2 ke jeti.. Berjalan dgn perut penuh memang rasa mengah.. nak kejar Arissa lagi..
'Chinta' hati saya...

Lepas jalan2 dan kepenatan, kami terus balik rumah.. Esok anak2 nak sekolah, mak apak nak kerja lagi...

Tuesday, August 24, 2010

Bahana Nur Kasih..

Aku mengantuk ni.. sgt2 mengantuk.. aku tgh cuba melawan rasa mengantuk ni.. ummm..Ni semua bahana Nur Kasih..Lepas sahur kol 4.30am tu mmg tak boleh lelap la..Mesti nak tgk Nur Kasih. Aku cuba elak tapi tak buleh..teralun2 kat telinga ni lagu tema dia.. Nur.. ya Nur Kasihh...eheheh..Citer ni mmg dah byk kali ulang kat tv pun.. tapi sepanjang bulan pose ni dia ulang tayang jam 5.00 pagi @tv3. Setiap hari ni la keje aku.. tak jemu2 tgk Nur Kasih ni..
Tak sabar nak tunggu Filem Nur Kasih..Bila eh nak kua filem nih?..Tak saba nak tgk remy ngan tizz...

Wednesday, August 18, 2010

Majlis Berbuka Puasa di Opis..

Alhamdulillah.. dah masuk 8 hari umat Islam berpuasa. Semalam kami sepejabat mengadakan bacaan Yassin, sembahyang maghrib dan berbuka puasa bersama. Aku dipahamkan acara ni mmg setiap tahun dibuat...

antara menu kami semalam:

Nasi putih
Ayam masak merah
Ikan sepat + nenas
sayo campur
ulam2
sambal belacan
buah2
air oren,
teh susu, teh O
laksa johor
satey (bos 'ter'belanja) *hikhik
murtabak singapore

Gambo makanan yang disusun cantik sebelum diserbu terlupa nak amik..eheh..

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan. Makanan pun byk berlebih, jadi sebelum balik acara wajib ialah tapau makanan utk keluarga di rumah.. eheh..bekal utk sahur jugak (sape suh dia tak bg bawak pasangan kan?)..

Monday, July 26, 2010

I'm HaPPy..:-D

Alhamdulillah.. syukur..
Akhirnya yang dicita dapat jugak.. ehehe.. seronok? eii giler kalu kata aku tak happy.. senyum smpai tak cukup pipi..lalalalaaa... so.. salah satu wishlist aku dah tercapai.. Taraaaaaaaaaaa...

Mekasih abg sbb 'merealisasikan' hajat saya.. :D