Monday, October 25, 2010

Joy Ride!..

Akhirnya.. baru la dpt merasa naik buggy ni..kesian eh? org luar Melaka dah naik, aku yg duk kat Melaka baru nak naik.. eheheh..
kami dapat buggy yg cun ..pink gitu.. eheh mula2 dapat kaler kuning. tapi kaler kuning ni tak der bumbung.. anak2 tak mo.. tetiba datang la si pinky ni..oh mmg idaman la sbb kalernya cantik..
Sementara nak tunggu buggy pink ni cool down dulu, anak2 mula la buat tempat ni mcm playground dia sendiri.. lepas satu, satu yang dicubanya.. staff2 kat situ pun dah jeling semacam kat anak2 akuh.. ahahah.. nak wat camner dik, anak akak mmg lasak! sok2 anak2 ko lom tau gik, entah lebih lasak dari anak akak nih.. ahahah..
mujo la bila buggy ni bergerak arissa duk diam2 agaknya sbb takut tak de pintu, tak mcm kete.. eheh.. sejukkk je jalan dlm utan nih. Ada juga tempat untuk berhenti..kami dapat buat 2x round sbb hubby aku bawak buggy ni bukan gaya bersiar2.. tapi ruper nak melepas gian lumba kete..lagi pun cuaca tak mengizinkan untuk beromantika lelama dalam buggy ni.. dah nak tengahari, panas..ahahaha..

Untuk makluman, 35minit pertama cajnya ialah RM35.00 (yang ni utk 4 seater). Caj tambahan selepas 5 minit akan dikenakan..ada jugak untuk motor (1 seater & 2 seater), ada family buggy (6 seater).. boleh pilih ikut kesesuaian dan keperluan masing2..Korang boleh la try p ke Botanikal Garden, Ayer Keroh. Opss.. lupa nak citer, lesen memandu bagi pemandu diperlukan walau tak de polis/jpj buat road block dlm hutan ni yer..Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kemalangan sewaktu memandu buggy ni ..ehehe..

Tuesday, October 19, 2010

Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak..

Bila baca ni terasa betapa 'kurangnya' aku sebagai seorang ibu.. Apa pun sebagai manusia kita perlu sentiasa memperbaiki diri sendiri dan di sini aku nak share ngan korang info yang aku dpt ni dr fb....

Mengatasi masalah kuat marah pada anak Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia. Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa/mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam...

Monday, October 11, 2010

* pic aku amik dari fb .. fwd oleh kawan2..

Ya Allah..Kalau dah takdirNYA.. tiada siapa yang mampu menghalang. Namun kita harus percaya ada hikmah dan pengajaran dari setiap yang terjadi. Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Takziah kepada kaum keluarga / kenalan mangsa kemalangan ngeri yang berlaku di highway Pedas N9, berhampiran Simpang 4 Alor Gajah semalam. Terlalu ngeri dan aku tak sampai hati nak upload gambar2 mangsa kemalangan dan tempat kejadian. Aku yakin korang semua pun dpt tgk.. ramai yg upload peristiwa dan gambar2 ni dekat fb.. Sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk kaum muslimin/muslimat yang terlibat..

10.10.10

Alhamdulillah.. bertambah setahun lagi usia saya, diberi nikmat dan kesempatan oleh Allah untuk terus bernafas dan berbakti (Insya-Allah). Gila2 orang berebut nak kawen, tunang, nak bersalin pada 10.10.10. Tapi saya tak yah cop2, mmg 10.10.10 tarikh utk saya.. ehehe..semalam hari lahir saya yg ke 33 tahun. oo.. saya tak berahsia pasal umur (buat masa ni, mungkin sbb wrinkle tak ketara gik..ehehee) Lagi pun.. saya bukan artis .. ahahah

Smlm adik2 saya ajak ke Muar.. kata angah, nk tunaikan janji kat aqeef yg nak bawak moto dia ke sana main2. Sblm tiba ke dataran, kami singgah dlu mkn Martabak Singapore kat Muar.. sedap wei.. Tiba dekat dataran dah dekat2 kol 6ptg.. anak2 aku yg tak der motor ni aper lagi merembat la kete mainan sorang sebijik..Arissa naik kereta mainan yg papa dia kontrol dgn remote.. RM6.00 utk 15 minit.. tapi aiman selamba mendapatkan masa2 tambahan utk diri sendiri.. bengang org yg jaga kete mainan tuh.. ahahah

Harus saya akui semalam saya sgt seronok.. dari Martabak singapore, nasik lemak, sate, siap ada kek rahsia gik, semuanya fully sponsored by adik2 (termasuk adik ipa saya yg sorang tu), mak & nenek.. Kawan2 saya pun tak kedekut menghadiahkan ucapan, dan mendoakan kesejahteraan dan murah rezeki saya..Terima kasih semua atas budi baik semoga Allah murahkan rezeki semuanya..

My dear hubby? tahun ni dia beri saya 'produk menambah kecantikan wajah'.. ahahah..tak perlu la saya ceritakan lebih lanjut.. tak sangka suami saya sgt prihatin dengan kehendak saya walaupun pada mulanya saya pk dia tak perasan saya 'hint' teringin nak beli.. tapi adik2 saya kata suami saya belikan saya 'menda' tu sbb suami saya perasan saya mmg takkan cantik tanpa 'menda' tuh.. alah.. saya tak hairan kata2 nista mcm tuh.. kalau dah jeles mmg ayat2 begitu akan keluar la.. lagi pun saya tahu apa jadik saya tetap cantik di mata suami saya.. tolong jgn muntah darah.. ahahahh