Thursday, December 30, 2010

Esok cuti umum!..yey!


Indah betul perasaan pagi ni.. Dapat khabar berita esok cuti.. yey! tenkiu PM..
Di atas tiket kemenangan perlawanan bola smlm antara Malaysia vs Indon.. Harimau Malaya Juara Suzuki AFF 2010 dengan agregat 4-2... yey! kami satu keluarga jadi tukang sorak bg sokongan dpn tv ok? So mekasih bbyk Harimau Malaysia atas penat lelah smlm dan bawa pulang kemenangan.. Safee Sali dinobatkan penjaring terbanyak.. Khairul Fahmi Che Mat penyelamat gawang Malaysia..fuhh.. We proud of you..

erkk.. PM.. satu request boleh? takkan cuti jek? bonus tak dek?
eh.. tak relevant ke? eheh..

Monday, December 20, 2010

risau..

my baby is not feeling well.. semenjak maghrib smlm asik muntah jek. makan ubat pun muntah. mungkin sbb dia batuk kot.. sampaikan kami kesiangan pagi ni.. kami terpaksa tidur kat hall sbb katil basah ngan muntah..aku bukak jek cadar sembur febreez terus bawak dia tido kat hall..sebelum keluar rumah, dia muntah air garam yang hubby bagi pagi tadi.. aku dah pesan kat cikgu nursery tu, kalu muntah lagi tlg tepon..aku nak p refer ped terus la..kesiannya arissa.. kesiannya my dear baby.. huhuhuhuuu

Konvo anak2 kecil..


Majlis konvokesyen pertama tadika anak2 aku (di tadika baru ni) diadakan di Grand Continental.. aturcara mcm biasa la.. byk tapi yang paling menarik, persembahan anak2..Arissa pun terlibat dalam persembahan pada hari tu. Anak2 semua pergi dengan cikgu by bus ke hotel. Pukul 12 tgh parents kena hantar anak2 ke nursery..Suspen, terbayang mcm2.. menangis tak Arissa naik bas..buatnya dia melalak atas bas tu mintak turun.. ayoo.. yer la.. dia mana pernah naik bas..takut cikgu2 tak dpt handle anak2 yang ramai tu. Lepas zohor, kami berdua bergerak ke hotel. Feeling2 mcm nk dtg honeymoon..yer la. dah la p hotel berdua, rasa cam pengantin baru lak.. ahakss...
Sampai2 jek, sengaja sorok diri dari Arissa. Tanya khabar dia kat cikgu jek..takut dia nampak aku terus dia jerit.. maaaaaaaa.. nak t#k..eheheh..

Masuk jek kat dewan.. waaaaaaaaaaaahh..mcm besday party. penuh belon.. aku yang jakun..ehhe

persembahan anak2 kecik (lagu little butterfly) ni paling berterabur walau ada cikgu yg tolong kat atas pentas.. yer la.. anak2 ni umonya setaun setengah hingga 2 taun.. ada yg nangis, ada yang berdiri tegak, ada yang dah siap2 berguling.. ada yang sebok nak capai belon..nasib baik arissa behave walaupun muka dia sgt blurrr...tapi menari tetap menari.. ahahaha..

aiman n d geng.. 'kayu' semua.. Atirah pun join jugak..persembahan tarian lagu Kancing Suasa.. ehehe..
door gift setiap org dpt potpuri dlm glass, ada la beg bunjut isi kopok, gula2 dan mainan..

Pujian harus diberikan kepada cikgu2 esp. owner tadika ni sbb berjaya handle event dengan memuaskan.. makanan pun sedap..roti jala, nasi goreng, pasta, sandwich, fruits, cendol pulut (sgt sedap).. yang paling laris aiskrim..lepas habis event, anak2 dibenarkan utk gunakan swimming pool.. lebih kurang jam 5.45 kami bergerak balik..akibat keletihan.. dalam kereta, anak2 semua 'pengsan'.. ehehe

Friday, December 10, 2010

Menyambut Menantu...

Baru la ada mood nak sambung citer yg dah lama terperap nih.. ehehh. minggu sudah akhirnya majlis di rumah mak mentua ..meriah dengan kehadiran sanak saudara.

pelamin yang dirasmikan oleh anak2 saudara pengantin.. sambil pengantin mengurut dada berdoa takut pelamin ni jadik 'pelamin anganku musnah'.. ahahah


'pari2 kecil' with pakcik..

makan beradap..

kek ni disponsor oleh pembuatnya.. walaupun deco tak setylish mana.. tapi, yang penting sedap..ehehe.

Gambo kami jangan tanya pasal kol 12 tgh baru berjaya tuka baju, tepek bedak semua. walaupun katering, tapi bab2 lauk pengantin tuan rumah jugak yang kena buat. aku tlg sibuk jek selain dari menjadi food tester..*wink*.. sbenarnya mak mentua ada upah sorang kakak tu buat tapi memandangkan pembantu dia EL (emergency leave) eheh.. kami tuan umah kedaung ni la yang kena tolong.. tapi tak pe.. tambah ilmu..ehhe positip..positip.. ehehe

Kami bertolak balik malam tu jugak sbb hubby kena dtg kerja keesokkan harinya.. sblm balik tu, settle yang mana patut...lagi pun katering kan, tak de la kena basuh piuk besar2..eheh..doa kami semoga jodoh mereka berpanjangan ke akhir hayat, dan bersabar menempuh dugaan alam rumahtangga..

Thursday, December 9, 2010

Masih berposkod Kedah

Betul la kot bumi Langkawi ni masih kuat sumpahannya. Korang percaya tak?..

Sumpahan Mahsuri dulu, yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk Pulau Langkawi untuk tidak tenteram ibarat padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan .. cuma bezanya skrg, sumpahan tersebut telah berakhir, yang agak-agak boleh dipercayai ayat mula2 jek iaitu.. bumi Langkawi tidak akan aman/tenteram..sebabnya.. skrg dah jadik bz menampung kehadiran pelancong2 yg terkena sumpahan shopping macam aku nih.. ahahahaha...
Ni kali kedua aku dtg ke Langkawi setelah kunjungan pertama 6 tahun lepas.. secara jujurnya mmg seronok datang Langkawi ni lebih2 lagi kalau ada duit utk 'dizakatkan' ke Idaman Suri / Haji Ismail group.. ahahah..
Kali ni kami lepaskan hajat untuk ke Gunung Mat Cincang.. nak naik kabel car.. dulu dtg, kabel car tutup utk penyelenggaraan..

anak2 dlm cable car..

ya Allah.. serius korang.. mak serammmmmmmm..

ni la 'alat' yang 'membantu' cabel car bergerak.. huhhuu
Sampai2 kat atas..aku ketaq lutut..siries..aku jakun/gayat tempat tinggi.. duduk dulu baru boleh nak bangun..utk makluman korang yang tak pernah p, diorg tak benarkan kita bawa makanan/air naik ke atas dan aku yang ada ramai anak ni, kaber line masukkan semua minuman dan makanan dalam beg..bukan aper, makanan dan minuman kat atas nun mahal skit. maklumla...air dan makanan tu semua pun naik cabel car nak sampai..jadik logik la kalu mahal. ngehugeh..
bangga tu bg tau dah smpai ..705 meter above sea level.. :D

yang paling pelik, budak ni sorang tak tau takut.. boleh dia guling2 kat tepiii pelantar tuh.. adeihhh kecut perut.. letih berlari kat atas ni mengejar si kecik nih.. haippp...

@oriental village..

idaman suri.. ehehe.. tepat skli nama yang dipilih.. aku dpt rembat wokpan siap utk mengukus... lalalala..
dah nak balik pun.. insya-Allah ada rezeki, dtg lagi..kan aku dah kata aku terkena sumpahan mahsuri..ehehe..tak byk pun shopping. bajet ciput..cuma dpt la beli ole2 skit utk kawan2, mak ngan adik beradik..coklat la yg banyaknya pun.. tak tau naper.. asal p langkawi jek DAIM jadik pilihan padahal melambak kat jusco melaka.. ehehehe..

Wednesday, December 8, 2010

melencong @Kedah Part 1..

haha.. tajuk tak leh blah, dah mcm siri akasia.. siap ada siri2 gik..

Alhamdulillah ..bertemu jodohnya. Adik ipa aku bertemu jodoh dengan org Kedah. Jauh? makan sehari perjalanan..duit minyak ngan tol jgn ckp.. laju..berlumba2 cik RM nak kua dari poket.ahahah.. Jodoh pertemuan ditentukan olehNYA...setiap kejadian ada hikmahnya. Aku redho..hikhikhik..
Kami bertolak dari umah inlaw aku lepas Isyak 26/11/2010 dan sampai Kokdiang kol 8.00 pg keesokan hari nya, setelah berkali2 berenti mengisi minyak, buang air, makan minum, berehat meluruskan pinggang yang lenguh dan jugak utk driver2 mengasap peparu..lantaklah..dah tak mkn saman maleh nak tegur kan..sampai2 kami diberi rumah persinggahan..rehat, masak lebih kurang..rehat sementara nak tunggu asar..adik ipa nikah..

nikah kat sini..
ahad plak majlis sanding.. hebat org Kokdiang buat majlis.. terlopong2 anak2 termasuk mak apak jugak eeheh.. tgk org bersilat betul2 nih.. bukan mcm kat melaka (mungkin ada begini aku jek tak pernah jumpa kat melaka ni..eheh).. takat tepuk2 lalat..tepuk angin.. siku cuit2.. ni beria2.. spontan.. sape ahli silat yg ada..pantang tercuit/terkena libasan kena masuk bersilat.. dah mcm main sep sep..sape kena cuit dia 'jadik antu' ahahahah..

ngan pengantin..

pengantin yang hepi...

abis jek bersanding.. seperti yang aku ckp awal2 tadi.. setiap kejadian ada hikmahnya.. maka..hikmahnya adalah..kami terussssssssssssss ke langkawi.. dah dekat kan? ha.. nanti aku citer lagi..

malas..

malas tol nak keje.. mana taknya ..lamanya aku cuti kali ni. hampir 2 minggu.. destinasi? uish.. jenuh meter kete bertukar.. sbnarnya cuti adik ipa kawen.. dari melaka ke pahang..pahang ke kokdiang kedah.. dah smpai kokdiang.. makruh kalu tak p langkawi.. jeng jeng jeng.. ahahah.. nanti aku citer lagi yer.. skrg ni baru masuk opis.. jari pun menaip dah tak laju sgt.. kalu ada speed test aku corot.. ahahah..