Wednesday, February 17, 2010

Happy Chinese New Year!..

Selamat tahun baru cina utk kaum cina.. Sebagai rakyat mesia yg menyokong slogan 1 malaysia oleh PM kita.. aku pun turut sama meraikan tahun baru cina..p melawat 'sedara-mara'.. ikut kan ayah jek..

Ni la kawasan tanah keluarga arwah atuk aku. Luas tanah nih.. 15 ekar ada. Nama jalan pun diambil sempena nama keluarga sbb boleh dikatakan keseluruhan kawasan tanah ni dipunyai oleh pemegang nama Teoh nih.. :D
ayah aku suh buat umah kat sini.. tak mo la.. takut otoman ngn raksaksa gadoh kat pencawang tu nanti.. abis umah aku terbaka.. otomen kan suka gado kat kawasan2 gitu kan?

ayah ngan 'mak su' dia.. adik arwah atuk paling bongsu..
' taun ni lumayan skit la pungutan angpau gue.. ni belum kira si kim cai..ah san.. bla..bla.. lu pun lom bg kan?'

alah.. atuk ni..bagi jek la.. lagi mau tanya mau ke tidak..
Hasil pungutan utk hari tu.. lumayan..ehehe..

yes!..berjaya.. eh ada ke org perasan kalu menda ni hilang satu? eheh..

Akibat dari lapa yang amat, yer la kan.. beraya dari pagi ke petang.. yg dpt cuma air kotak, air tin@air bergas..candy.. asam..kopok.. mana la nak kenyang.. sudahnya lepas mkn tgh kat ikan bakar malim.. tak cukup kenyang gik.. makan lagi kat kopitiam jonker walk di maidin.. baru lega..

Balik terus ke umah kg.. Esok nya balik melaka .. nak prepare.. dah cuti lama ni.. bencinta nak keje.. adoyaiii.. bila la nak dpt duk umah.. goyang kaki.. tapi duit mesti nak ada gak.. iksh..

Happy 1st Birthday.. Arissa

Selamat Hari Lahir Arissa. Semoga panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan menjadi anak yg solehah,bijak dan segala yang terbaik mama doakan... Mama sayang Arissa.. Cepat betul masa berlalu. Arissa pun dilahirkan secara normal tapi tetap guna vacum. Dia tak berada di kedudukan yang betul. Senget..so.. doktor terpaksa betulkan badan dan bahu dia sblm aku terus teran.. perghh.. scary kan? Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan selamat dengan bantuan Dr. Vishnu.. Dr. paling cool ..
p/s..dr.. jgn pencen selagi saya tak cukup 'kuota' tau..eheh
Jom kita tgk transformasi Arissa..Aku nak imbas balik dari Arissa baby hingga sekarang..
Rasanya baru semalam masuk bilik nih.. eiii serammm.. eheh..
baby Arissa.. 3.1kg..

1 week

2 weeks.. ngan onyang..


1 month

3 month

4 month

5 month

6 motnh

7 month

8 month.. ramai ckp arissa cam rupa boy.. iksh

9 month..

10 month..
masa ni kat aquaria..dia terlopong tgk ikan pari ..ehee

11 month
and.. now..
1 year..

Skrg Ieca dah pandai sambung org ckp, dah berjalan. walau pun tak laju.. apa org ckp dia dah faham cuma kadang2 dia buat sukati dia tak paham kalu dia bad mood.. dah pandai sambung ayat.. Sponge.. dia akan sambung 'bob'.. basuh mu..'ke'..nak mandi dah pandai tarik baju/pampers.. sebut.. 'kak'..suh bukak la tuh..eheh.. comel betul dia bila buat muka cenggini.. Bila nak buat besday party dia nih? emm.. combine ngan kak long atirah la yer.. bila tuh?..

Thursday, February 4, 2010

Last Day @ Aquaria & Petrosains KLCC

Akibat malas campur la skit bz.. akhirnya baru dapat sambung update kisah yang dah basi nih.. eheh.. Just arrived at aquaria.. tgk budak paling kecit tu.. nampak very cute and notti kan?... dlm otak dah plan camner nak 'lepaskan diri' kejap gik..
with the 'aquarium man'.. peace bang.. walau dalam ati mu ada cuak.. mana tak.. kalu tetiba jaws tu teringin nak 'cukai' skit jari tu.. eheh
makan time..

arissa pun teruja.. Lepas bayar 'cukai' di gift shop Aquaria.. kami balik ke hotel. Anak2 dah letih. Malamnya.. kami keluar ke Sogo..Abis la utk ari tu..The next day, hanya kami sekeluarga yg pergi Petrosains.. Angah, mak & dik han tak mo join. boring katanya..Iksh.. kalu bab menimba ilmu mmg ler alasan boring.. cuba aku ajak p sopping.. Jenuh btol berjalan dalam Petrosains.

Atirah & Aiman mmg excited. Aku tak larat btol nak ikut rentak diorg. Semua benda diorg nak explore.. Sampai gigi binatang ni pun nak dipegangnya..Adoii.. ikut kan jek..


Aiman dah tak mo turun.. Geng sebelah tu dah jeling jek.. eheh.. Sebenarnya aku pun tingin gak nak terai.. tapi malu la.. jadik, aku buat2 jd instructur kat aiman.. dpt la aku tumpang turun naik kan jengkaut tuh.. ahahhaah
That was the last day of the trip. Keluar KLCC trus heading ke Melaka. Semoga dimurahkan lagi rezeki kami nak berjalan ramai2 cengini.. Seronok..Tingin nak p Sabah plak la..Diorg kata seafood kat sana mmg heaven.. goshh.. makan lagik.. eheh. Gambo mmg tak dpt amik byk sbb bateri kamera dah kong.. Nak kena ganti kamera ni gamaknya.. kejap jek dah abis bateri.. eh.. kena ganti kamera ke ganti bateri nih?.. ehehe..

Friday, January 8, 2010

Thursday, January 7, 2010

Tak Puas Hati? Lu Pikir Lah Sendiri..

Tangguh dulu eh bab update blog 'KL part 2 dan seterusnya'.. eheh..ada berita lebih hangat utk ditulis yang lebih penting dr berita terkini yang lain..

Akhirnya nasib Setiausaha di'bela' jua. Isu Pelarasan Skim PA (Pembantu Tadbir Kesetiausahaan)dengan bahasa mudahnya Seketeri menjadi isu hangat.. betul la kata adik akuh.. lebih hangat dari segmen Terjah abg rambut ketak@nas ahmad tu. Mana taknya berbalas-balas kenyataan dalam akhbar. Kalah isu minyak naik harga..

Pelik betul kenapa isu ni disibuk-sibuk dan dihangatkan oleh mereka2 yang tak puas hati sehingga memberi kenyataan bodoh .. Setiausaha tugasnya cuma 'jaga diari bos & pembancuh kopi sahaja' (Sori eh.. bos aku minum nescafe 3 in 1), kenapa perlu ada kenaikan khas.. Singkatnya pemikiran! Hello.. org yg ko kata tukang 'jaga diari bos & pembancuh kopi' ni ada diploma ok.. 2-3tahun menghadap course tu.. ingt senang? Diploma yang kami dpt ni..dari IPTA (dari uitm/politeknik) yang diiktiraf oleh kerajaan. Boleh tak cuba menghormati perasaan dan tugas orang lain?. Kita bukan buat keje setakat hal ehwal pejabat sahaja.. segala macam 'tuk nenek' luar dari hal kerja yang diarahkan pun kena buat jugak. Bukan setakat Boss.. yang bukan BOSS pun perasan nak ada PA.. pun mengarah jugak.. bOleh kita ckp.. eii aku bukan report duty ngan ko. Aku PA '*%^&$-' boleh?. Buat jek kan? Kalu bos marah orang atau orang2 marah bos?.. kita jugak org pertama yg tadah telinga..Pernah org nak amik tau?

Sori la.. emo skit. Mungkin tak semua berfikiran macam tu. Ada yang sangat terbuka dengan isu ini. Cuma pada yang sempit pemikiran ni, aku nak ckp..Rezeki masing2 telah ditetapkan oleh NYA..Aku percaya ada juga kerani yg ada diploma/degree tapi..bak kata Pn. Izan, kalau dah tau tak puas ati.. naper apply jadi kerani dulu? ..kalu ckp nanti kecik ati.. Lu pikirlah sendiri ha..

Tuesday, January 5, 2010

KL Trip (Part 1)

Penutup tahun ni diakhiri dengan trip ke KL seperti yang dijanjikan pada Atirah sempena 'cabaran' kami padanya utk dapatkan nombor 1 untuk peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah..walau pun 'sekolah makan' at least dia berusaha. Kebetulan masa majlis penyampaian hadiah di majlis konvokesyen dia, dpt lucky draw tiket ke petrosains utk kami sekeluarga. Jadi mmg sesuai la destinasi pilihan kami ni. Kami pergi dengan Angah sekeluarga, emak & Raihan. Yang lain tak mo ikut termasuk nenek dengan alasan malas nak jalan2, ada org nak ngaji la.. yang sebenarnya dia risokan ayam itik kat reban.. ehehe..
Kami stay di Vistana. Amik 2 bilik memandangkan 2 family pergi. Malamnya kami p makan & jalan2 naik LRT. perghh! dengan dukung Arissa, nak pegang Aiman ngan Atirah lagi.. time ni la terasa makk aii ramai anak aku rupanya.. mana tidak, nak make sure diorg safe and sound dengan kami bukan senang.. Serik aku, tobat yer tak mo jalan kaki/naik lrt gik. Apa pun mekasih En. Madir, kalu tak mau kami sesat..




Acara ni yang paling budak2 suka..




Ni baru part 1.. Nanti sambung citer lagi.. :D

Monday, January 4, 2010

Orientation Day ...31st December 2009

Salam 2010!. Lama tak update blog tetiba tahun dah bertukar. Sekejap betul masa berlalu. Pejam celik Atirah dah 7 tahun..Hari ni (4/1/2010) hari pertama Atirah masuk darjah 1. Tapi nak citer pasal hari orentasi dia memandangkan hari ni tak amik pun gambar sbb dah terlambat.ahaha.. Nasib baik aku amik cuti.. jadi tak perlu terkejar ke ofis pulak. Sampai jek dah dengar announcement utk berkumpul di tempat perhimpunan tapi..mak aii penuhh..parents lagi ramai dari student.
So, on 31/12/2009 adalah hari orentasi utk student standard 1. Excited betul rasa cam nak hantar anak ke Universiti. Gamaknya camni la perasaan mak ayah aku dulu kot. Atirah sgt cool dan relex compared to me yg asik tinjau dia kat tingkap sampai dia suh aku balik.. ahahah..
Dulu, masa aku la.. takut tol nak masuk sekolah masa hari pertama. Cikgu tanya nama pun tak kua suara nak menjawab. Tapi skrg mungkin disebabkan pendedahan awal kanak-kanak yang dah ke nursery jadi diorg lebih bersedia dan berani. Layan gambo atirah..hari pertama ke sekolah mmg putih berseri.. masuk hari kedua.. dah kepam..ehehe





Selamat menjalani alam persekolahan..Semoga Atirah menjadi manusia yang berjaya dan diberkati di dunia dan akhirat.. Amin..