Tangguh dulu eh bab update blog 'KL part 2 dan seterusnya'.. eheh..ada berita lebih hangat utk ditulis yang lebih penting dr berita terkini yang lain..
Akhirnya nasib Setiausaha di'bela' jua. Isu Pelarasan Skim PA (Pembantu Tadbir Kesetiausahaan)dengan bahasa mudahnya Seketeri menjadi isu hangat.. betul la kata adik akuh.. lebih hangat dari segmen Terjah abg rambut ketak@nas ahmad tu. Mana taknya berbalas-balas kenyataan dalam akhbar. Kalah isu minyak naik harga..
Pelik betul kenapa isu ni disibuk-sibuk dan dihangatkan oleh mereka2 yang tak puas hati sehingga memberi kenyataan bodoh .. Setiausaha tugasnya cuma 'jaga diari bos & pembancuh kopi sahaja' (Sori eh.. bos aku minum nescafe 3 in 1), kenapa perlu ada kenaikan khas.. Singkatnya pemikiran! Hello.. org yg ko kata tukang 'jaga diari bos & pembancuh kopi' ni ada diploma ok.. 2-3tahun menghadap course tu.. ingt senang? Diploma yang kami dpt ni..dari IPTA (dari uitm/politeknik) yang diiktiraf oleh kerajaan. Boleh tak cuba menghormati perasaan dan tugas orang lain?. Kita bukan buat keje setakat hal ehwal pejabat sahaja.. segala macam 'tuk nenek' luar dari hal kerja yang diarahkan pun kena buat jugak. Bukan setakat Boss.. yang bukan BOSS pun perasan nak ada PA.. pun mengarah jugak.. bOleh kita ckp.. eii aku bukan report duty ngan ko. Aku PA '*%^&$-' boleh?. Buat jek kan? Kalu bos marah orang atau orang2 marah bos?.. kita jugak org pertama yg tadah telinga..Pernah org nak amik tau?
Sori la.. emo skit. Mungkin tak semua berfikiran macam tu. Ada yang sangat terbuka dengan isu ini. Cuma pada yang sempit pemikiran ni, aku nak ckp..Rezeki masing2 telah ditetapkan oleh NYA..Aku percaya ada juga kerani yg ada diploma/degree tapi..bak kata Pn. Izan, kalau dah tau tak puas ati.. naper apply jadi kerani dulu? ..kalu ckp nanti kecik ati.. Lu pikirlah sendiri ha..
Penutup tahun ni diakhiri dengan trip ke KL seperti yang dijanjikan pada Atirah sempena 'cabaran' kami padanya utk dapatkan nombor 1 untuk peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah..walau pun 'sekolah makan' at least dia berusaha. Kebetulan masa majlis penyampaian hadiah di majlis konvokesyen dia, dpt lucky draw tiket ke petrosains utk kami sekeluarga. Jadi mmg sesuai la destinasi pilihan kami ni. Kami pergi dengan Angah sekeluarga, emak & Raihan. Yang lain tak mo ikut termasuk nenek dengan alasan malas nak jalan2, ada org nak ngaji la.. yang sebenarnya dia risokan ayam itik kat reban.. ehehe.. Kami stay di Vistana. Amik 2 bilik memandangkan 2 family pergi. Malamnya kami p makan & jalan2 naik LRT. perghh! dengan dukung Arissa, nak pegang Aiman ngan Atirah lagi.. time ni la terasa makk aii ramai anak aku rupanya.. mana tidak, nak make sure diorg safe and sound dengan kami bukan senang.. Serik aku, tobat yer tak mo jalan kaki/naik lrt gik. Apa pun mekasih En. Madir, kalu tak mau kami sesat.. Acara ni yang paling budak2 suka.. Ni baru part 1.. Nanti sambung citer lagi.. :D
Salam 2010!. Lama tak update blog tetiba tahun dah bertukar. Sekejap betul masa berlalu. Pejam celik Atirah dah 7 tahun..Hari ni (4/1/2010) hari pertama Atirah masuk darjah 1. Tapi nak citer pasal hari orentasi dia memandangkan hari ni tak amik pun gambar sbb dah terlambat.ahaha.. Nasib baik aku amik cuti.. jadi tak perlu terkejar ke ofis pulak. Sampai jek dah dengar announcement utk berkumpul di tempat perhimpunan tapi..mak aii penuhh..parents lagi ramai dari student. So, on 31/12/2009 adalah hari orentasi utk student standard 1. Excited betul rasa cam nak hantar anak ke Universiti. Gamaknya camni la perasaan mak ayah aku dulu kot. Atirah sgt cool dan relex compared to me yg asik tinjau dia kat tingkap sampai dia suh aku balik.. ahahah.. Dulu, masa aku la.. takut tol nak masuk sekolah masa hari pertama. Cikgu tanya nama pun tak kua suara nak menjawab. Tapi skrg mungkin disebabkan pendedahan awal kanak-kanak yang dah ke nursery jadi diorg lebih bersedia dan berani. Layan gambo atirah..hari pertama ke sekolah mmg putih berseri.. masuk hari kedua.. dah kepam..ehehe Selamat menjalani alam persekolahan..Semoga Atirah menjadi manusia yang berjaya dan diberkati di dunia dan akhirat.. Amin..
Setelah bertahun tak jumpa, akhirnya dpt juga jumpa kawan bekas sekolah menengah dulu. Utk kawan2 Sharodz yg masih ingat mereka ni..Lynn dan Ernie. Lynn ni dulu BF (Best Friend) aku masa kat Sharodz. Skrg dah jadi rakan sekerja plak walau pun tak satu office. Mari aku close up skit ruper diorg skrg.. eheheh.. p/s Kak Mida..org dah tunaikan permintaan..tu d'zahra..ok? puas ati?malam ni tido lelap la eh?..eehhehe..
Lama tul tak update blog. Jangan kata update.. jengah blog kengkawan lain pun tak sempat. Last 2 weeks kami buat cukur jambul Arissa di Serting..sbnrnya tumpang kenduri angah (adik ipar) aku. Kenduri kesyukuran sempana Hazim dah selamat operation ususnya yg problem tuh dan skli dgn kenduri masuk umah baru. Sebenarnya dah tak sesuwei dah nak istilah cukur jambul.. cukur rambut lagi sesuwei. Yelah, dah 8 bln. ehehe.. tak per la. at least.. ada gak rezeki arissa nak kami buatkan cukur jambul. Meriah.. cuma terkilan juga sbb mak, nek, adik beradik aku tak dpt dtg..yer la..ni last minit plan, diorg pun dah ada program lain yg dah diplan lebih awal. Apa pun.. layan jek gambo.. Ini gambo 'tuan tanah' eheh.. Aku paling suka gambo Arissa pakai gaun ni.. nampak cumel anak mama.. Tak mama puji sape gik kan?.. Lagi afdhal mama yg puji.. ahahahah Gambar sebelum 'jambul'nya di kerat..:D Arissa & hazim. Semoga terus sihat yer hazim..
Selamat Hari Raya.. Masih dalam mood berhari raya. Malas tul nak keje..lagi pun ni minggu last keje sini.. Alhamdulillah puasa penuh tahun nih, jadik harus mood raya mesti cukup la smpai 30 hari kan?..ehehe. Tahun ni raya tak bape best sbb 'orange'ku ada problem. Pagi raya Hubby nak start enjin nak p semayang raya tak boleh start. Aduishh di pagi hari raya dah diduga. sabar jek la. Beli bateri baru pun tak buleh, nak carik pomen pun tarak..yg geram sgt tu.. pomen cino pun sibuk cuti beraya..eh.. 1 Malaysia kan? ha.. aper lagi.. duk umah ngan baju baru, muka dah cemberut. makannn dan makan dan makan demi nak menghilangkan duka di hati. Hubby main mercun sorang2. Anak2 kami arahkan ikut mak ngah ngan pak ngah beraya (kes tak mo anak kurang duit raya) eheh.. Plan awal nak balik Pahang raya ke2 petang mmg giliran setiap taun begitu.. raya ke2 mesti pulang ke kampung satu lagi. Raya ke2 petang baru Hubby dpt carik pomen.. dia confirm computer box problem. Aduih..mana service center ada bukak raya ke2.. tunggu la.. dah marah lagi..Tawakal jek, raya ke 3 pagi kami bertolak balik ke Pahang. Syukur Alhamdulillah segalanya dipermudahkan, perjalanan kami dilindungi Allah. Raya ke4 baru dpt p pusat servis, dipendekkan citer skrg 'orange'ku dah ok.. Rupanya 'orange'ku juga teringin nk duit raya..